AURA RASA – aura Abbi

16hb September, 2007

Aura adalah cahaya (warna) dan cahaya adalah TENAGA. Sumber tenaga semulajadi alam semesta adalah SINARAN SURIA. Dari cahaya ini terjanalah kehidupan alam yang mewarnai tiap episod kehidupan manusia.

Keseimbangan merupakan titik stabil yang menjadi motivasi utama dalam kesihatan aura. Keseimbangan Aura berlaku apabila komposisi warna-warna yang hadir pada foto aura menunjukkan ada gabungan warna sejuk dan panas, pengagihan atau keserataan warna di sekeliling tubuh dan tahap tenaga yang sekata bagi tiap chakra. Jika saiz aura besar dan tahap purata tenaga bagi tiap chakra naik tinggi… TAHAP AURA TERBAIK dapat dicapai.

Setiap orang mempunyai peluang untuk mendapat tahap terbaik ini. Pengalaman gaya hidup sihat, penjagaan diet pemakanan yang seimbang dan pengamalan senaman tubuh yang berterusan akan memudahkan dan melancarkan energi tubuh. Chakra akan bekerja sempurna dan aura dapat terpancar dari tubuh dengan baik. Pengendalian stres yang baik melalui amalan penafasan yang teratur, meditasi dan bertenang dalam tindakan membantu kita untuk menjaga sistem tenaga bio tubuh pada tahap maksima. Namun begitu haruslah diingat, pencapaian TAHAP AURA TERBAIK ini tidaklah berlaku setiap hari atau masa. Ia bergantung pada keadaan dan tahap minda, emosi & tubuh seseorang. Mendapatkan tahap ini mungkin mudah… mempertahankannya agar berpanjangan merupakan suatu CABARAN besar.

Pada episod AURA RASA kali ini, saya telah dikunjungi wartawan akhbar utama tempatan Saudara Abbi. Kerjaya sebagai wartawan (terutamanya dalam skop hiburan) memberinya banyak pendedahan dan pengalaman dalam penulisan, kewartawanan, sosial, kemanusian, bina insan, glamour, seni, hiburan, ilmuan dan segalanya. Kerjaya ini juga membawa beliau kembara dan bergerak ke sana kemari untuk mendapatkan bahan cerita dan pengisian untuk hasil penulisannya.

Berikut adalah hasil dignosis aura yang dijalankan:

Dari analisis foto di atas, jelas kelihatan ada gabungan warna-warna panas dan sejuk yang mengambil tempat disekeliling aura beliau. Ini adalah contoh aura TERBAIK untuk memperkatakan tentang KESEIMBANGAN. Warna asas beliau adalah jingga yang mewakili warna aktif yang membawa tenaga keaktifan, cerdas, semangat, berani, yakin dan nilai kreatif. Tenaga ini juga mengawal organ seperti usus, buah pinggang, pundi kencing dan kesuburan. Saiz aura yang mengembang dengan besar dipenuhi dengan pencerahan warna-warna yang cerah, padat dan sekata (tak bercapuk-capuk) menunjukkan tahap kesihatan aura pada masa itu amat BAIK. Malah ini terbukti dengan nilai tahap tiap chakra yang naik tinggi melebihi paras 70% setiap satunya dan bentuk bulat chakra yang terbentuk cantik. Berdasarkan keputusan ini, saya percaya bahawa saudara Abbi sedang memberi perhatian yang serius dalam penjagaan kesihatannya. Gaya hidup, senaman dan diet yang baik mencetuskan hasil dignosis aura yang begini.

Namun begitu, kelemahan juga harus dinilai agar kita tidak cepat berpuas hati lalu leka dengan hasil yang baik pada masa tersebut. Ini kerana, mempertahankan tahap baik ini agar berkekalan adalah cabaran yang besar untuk sesiapa sahaja. Dari analisa aura ini, saya menjangkakan sedikit cabaran atau permasalahan berlaku dalam tekanan darah dan tahap kolestrol dalam darah. Begitu juga keseimbangan hormon dan tahap oksigen minda yang cepat menurun apabila banyaknya tugasan luar dan tekanan emosi. Dari segi terapi aura, warna hijau, biru ternyata masih kurang dalam pencerahan aura Abbi. Bagi mengimbangi permasalan ini, saya meminta CHEF AURA menyediakan hidangan yang dapat memberi keseimbangan seterusnya mengekalkan tahap aura saudara Abbi.

Leave a Reply