YaHU & BMW di Busana TV9
21hb OGOS, 2007
Salamunamaste…
Alhamdulillah.. Maha Suci Allah yang Maha Merancang. Tepat jam 1 pada 19082007 lalu, rancangan Busana telah bersiaran di TV9 dan tentunya istimewa buat saya apabila episod minggu ni menyiarkan Fesyen Busana YaHU yang saya hasilkan. Terlalu banyak hikmah & keajaiban yang tersirat & tersurat pada saya, antaranya:
- Bulan ni bulan Sya’ban…. bulan syafaat. Bulan ni juga bulan sambutan Kemenangan & Kemerdekaan… dalam ertikata lain, ia suatu KEMENANGAN buat saya, 7Chakra dan Ya HU.
- Bulan Ogos adalah bulan ke 8 dan bulan Sya’ban juga adalah bulan ke 8. Maka hasilnya 88 (MUHAMMA – LAUTAN TENAGA YANG BERPUSAR). Dan 8 + 8 = 16 @ 7 – nombor TUAH dan KEAJAIBAN.
- YaHU dengan nilai numerologinya Y=7, a=1, H=8 dan U=3. Maka jumlahnya adalah 7+1+8+3=19 (rahsia 19 – 1 itu Yang Awal & 9 itu Yang Akhir) atau nilai akhirnya 1+9 =10 @ 1.
- Hari ini AHAD yang bermaksud Yang Satu @ 1.
- Hari ini 19 haribulan iaitu 1+9=10 @ 1 . Hari ini 19 Ogos @ 19.08 iaitu 1+9+8=18 @ 1+8=9. Hari ini 19 Ogos 2007 atau 19.08.2007 iaitu 1+9+8+2+7=27 @ 2+7=9.
- Rancangan Busana disiar jam 1 di TV 9.
- Fesyen YaHU dihasil dari gabungan idea saya dan Pereka Fesyen AMER (a=1, m=4, e=5 dan r=9 @ 1+4+5+9=19 @ 1).
- Diperagakan oleh Personaliti Chef Harun atau dikenali kini dengan CHEF AURA (numerologinya 3+8+5+6=22 dan 1+3+9+1=14 maka 22+14=36 @ 3+6=9).
- 19082007 adalah bersamaan 06hb Syaaban, 1428. 9 hari lagi adalah hari Nifsu Syaaban iaitu pada 15 Syaaban.
Segmen Busana Muslim Lelaki YaHU disiarkan kira-kira jam 1.35 selepas disiarkan AZAN ZOHOR (suatu lagi kerahmatan buat yang peka). Pada hari Ahad tu, kami berkumpul ramai-ramai di centre saya untuk menyaksikan rancangan Busana di TV9. Chef Aura dan Amer juga turut hadir bersama. Terima kasih buat yang sempat singgah ke centre hari tu. Yang tak datang tapi sempat menonton di umah, juga saya ucapkan terima kasih juga.
Fesyen YaHU semakin matang.. dan mula meletakkan dirinya ditenga-tengah pasaran. Dengan keluarnya CERITA YaHU di Majalah Al-Islam dan BUSANA tv9…ia telah melakar sejarahnya yang tersendiri. Buat saya, ini semua ATURAN DIA.. Saya pasrah dan bersyukur akan ketetapanNya.
Pada 190807 hari tu, IQBC buat Product talk untuk 7Chakra & JUALAN MEGA untuk produk YaHU sempena meraikan keluar TV.. hhe..he.. Majlis juga dimeriahkan dengan kehadiran chef yang tampil buat demo Lempeng Aura Berulam petang tu. Terima Kasih buat yang datang… namun saya kecewa sebab ramai yang tak datang. Apa juga alasan mereka, saya terima.. saya pun tak kisah dah. Orang tak sudi.. saya lagi tak sudi.
Salam Aura & Sorakan YaaHUU!!


