AURA RASA – aura Ashraf Sinclair
29hb Ogos, 2007
Aura adalah cahaya (warna) dan cahaya adalah TENAGA. Sumber tenaga semulajadi alam semesta adalah SINARAN SURIA. Dari cahaya ini terjanalah kehidupan alam yang mewarnai tiap episod kehidupan manusia.
Manusia adalah gabungan MINDA, EMOSI dan FIZIKAL nya. Aura insan yang HEBAT adalah hasil dari TUBUH yang sihat, MINDA yang CERDAS dan penghayatan EMOSI yang cemerlang. AKAL / MINDA umpama PERISIAN pada sesebuah komputer yang menentukan kehebatan dan kecekapan dalam pelbagai aplikasinya. BAGI memiliki perisian yang HEBAT, cakera keras perlu HEBAT dan TUBUH manusia umpama CAKERA KERAS tersebut. Makanan yang tepat akan meningkatkan kecekapan TENAGA dan AURA pada MINDA.
INFO BIO-ENERGI – TERAPI WARNA
Pada episod kali ini saya dikunjungi oleh personaliti muda Saudara Ashraf Sinclair. Bukan hanya kacak, beliau juga seorang yang peramah, periang dan lincah. Minat dan pengetahuan beliau dalam ilmu-ilmu aura juga amat mengagumkan saya. Penjelasan dan penerangan saya begitu mudah beliau fahami dan sesi kami berlangsung dalam suasana yang sangat ilmiah. Dari dignosis aura yang dijalankan, berikut adalah hasilnya:
Saiz aura Ashraf berada dalam keadaan yang baik iaitu sekitar 70%. Pencerahan aura pula terdiri dari gabungan warna hijau, indigo dan violet. Hijau merupakan warna stabil iaitu gabungan kuning dan biru. Secara umumnya, individu yang memiliki warna asas hijau memiliki keseimbangan gelombang panas dan sejuk yang meransang aktiviti minda yang kreatif, fizikal yang aktif dan diimbangi dengan nilai perasaan yang harmoni dan pentingkan ketenangan.
Bagi terus menjana keseimbangan, lebihan warna sejuk dari indigo dan violet perlu diransang dengan kehadiran warna kuning dan jingga. Menu makanan Ashraf perlukan stimulasi warna yang dapat meransang aktiviti minda dan fizikalnya. Masakan berasaskan daging dapat membekalkan tenaga aktif, baik untuk tulang, darah dan saraf. Masak lemak membekalkan kalori dan tenaga aktif. Manisan puding karemel bermadu juga kaya dengan kalsium, zat besi dan vitaminnya. Jus betis membantu sistem penghadaman dan asimilasi pada usus agar penyerapan nutrien berlaku dengan cemerlang. Warna jingga jus ini meransang gelombang semangat dan keyakinan yang kelak membantu aktiviti kreatif dan sibuk ashraf.
FAKTA WARNA
OKSIGEN – VIOLET
5 PANCAINDERA & SISTEM MEMORI (OTAK KANAN) – INDIGO
KREATIF / AKTIF / KEINGINAN (NAFSU) – KUNING
SEMANGAT / RANSANGAN – JINGGA
Warna aura/chakra: JINGGA (OREN)
Frekuensi Gelombang : 590nm – 630nm
Nama Chakra: Chakra Emosi (Sacral Chakra)
Elemen : Air
Sistem Kelenjar: Kelenjar Gonads
Tubuh Fizikal: Usus besar, Usus kecil, Ginjal Pundi Kencing, Peranakan, Kesuburan
Contoh Penyakit: Penyakit usus, pundi kencing, Ginjal, Lemah Tenaga Batin
Pemakanan: Daging, Ikan, Susu, Bayam, Tomato, Apricots Almond,Vit A, Vit E – Telur, Madu lebah, Betik, Yogurt
Warna aura/chakra: KUNING
Frekuensi Gelombang : 565m – 590nm
Nama Chakra: Chakra Pusat (Solar Plexus)
Elemen : Api
Sistem Kelenjar: Kelenjar Pankreas
Tubuh Fizikal: Hati, Limpa, Perut, Pankreas, Hempedu, Ginjal
Pemakanan: Telur, Susu, Tomato, Hati. Sayur hijau, Bijirin, Ikan, Daging, Kacang, Ayam, Soya, Pisang, Oren, Kentang,
Warna aura/chakra: INDIGO
Frekuensi Gelombang : 440nm – 485nm
Nama Chakra: Chakra Ajna (3rd Eye Chakra)
Nama Lapisan Aura : Lapisan Tubuh Mental Tinggi
Deria: Gerak Hati / Gerak rasa
Elemen : Eter (udara atasan/halus)
Sistem Kelenjar: Kelenjar Pituitary
Tubuh Fizikal: Mata, Muka, Sistem saraf pusat, telinga,hidung,
Pemakanan: Air, Bijirin, Kismis, Kacang, Ikan, Terung, Anggur.
Warna aura/chakra: VIOLET
Frekuensi Gelombang : 380nm – 440nm
Nama Chakra: Chakra Mahkota (Crown Chakra)
Sistem Kelenjar: Kelenjar Pineal
Tubuh Fizikal: Otak.
Pemakanan: Air, Bijirin, Kismis, Kacang, Ikan, Terung, Anggur.

