Artikel AURA RASA – RTM 1
16HB OGOS, 2007
Menurut ilmu sains fizik, setiap benda terdiri dari partikel-partikel kecil yang disebut sebagai atom. Atom terdiri dari elektron-elektron yang bermuatan negatif dan proton-proton yang bermuatan positif. Proton dan elktron ini adalah getaran lestrik dan magnet. Proton bergerak di sekiling inti, sedangkan elektron bergerak mengelilingi proton. Ruang di mana atom bergerak disebut ruang atau medan energi (energy field). Medan energi ini memancarkan cahaya. Dengan demikian, setiap benda atau materi yang terdiri dari atom mempunyai ruang energi bercahaya; inilah yang disebut aura.
Aura adalah medan arus elektromagnet atau perisai halus yang terbentuk di luar objek yang memiliki sejumlah getaran gelombang tenaga di dalamnya. Getaran gelombang tenaga ini berkait rapat pada tahap tenaga pada minda, emosi dan fizikal individu tersebut. Melalui teknik ‘foto aura’, gelombang ini dikenalpasti tahap tenaganya melalui warna-warna yang berada disekeliling tubuh subjek di mana setiap warna mewakili tahap-tahap tenaga yang berbeza-beza getaran gelombangnya. Melalui ilmu dan kaedah ‘chomatology’, tahap getaran tenaga ini dapat mentafsirkan keadaan kesihatan, karektor, personaliti, kekuatan dan kelemahan subjek yang dikaji.
Aura juga bertindak sebagai perisai diri. Manusia begitu terdedah kepada getaran tenaga negatif yang berada diselilingnya. Dari sinar UV yang berlebihan hinggalah kesan sinar infra merah yang merosakkan sel dan tisu tubuh manusia. Begitu juga pada kesan radiasi buatan manusia seperti microwave, televisyen, radio, telefon bimbit dan lain-lain. Aura yang sihat dan bersaiz besar dapat mengekalkan keharmonian tubuh di dalamnya, manakala aura yang nipis dan pecah akan memudahkan getaran gelombang negatif masuk dan mengakibatkan ketidakseimbangan tenaga berlaku. Faktor tekanan hidup atau stres merupakan salah satu manifestasi ketidakseimbangan tenaga pada aura tubuh manusia.
Rahsia kehebatan penciptaan Yang Maha Pencipta telah menjanakan ketujuh-tujuh getaran gelombang tenaga warna pelangi ini bergetar dan memancar bagi keharmonian semua sistem ROHANI & JASMANI; setiap manusia memilikinya. Namun begitu, kita akan memiliki kecenderungan menggunakan satu medan tenaga secara berlebihan atau dalam kekerapan yang tinggi, yang seterusnya menjanakan satu perwatakan yang tersendiri dan unik.
TEKNOLOGI FOTO AURA
Dari teknik foto aura, warna personaliti ini dapat dikenal pasti kecenderungannya samada ia merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo atau violet. Kecenderungan inilah yang membezakan sikap, perwatakan, cara berfikir, permasalahan dan kedudukan yang berbeza-beza di antara sesama kita. Sebagai contoh, para cerdik pandai pemikiran memiliki kecenderungan penggunaan getaran gelombang tenaga kuning yang berlebihan yang menjadikan mereka bijak, hebat, berjaya, kaya dan berkedudukan. Namun begitu, secara fitrahnya tenaga yang diguna secara berlebihan akan mula tidak stabil atau tidak harmoni. Kesan dari itulah, pada kebiasaan, mereka ini akan mengalami kecenderungan masalah penyakit ginjal, kencing manis, gastrik, masalah sistem hati dan limpa; yang simptomnya seperti keguguran rambut, kerabunan, sakit pinggang atau belikat, panas baran, ego dan lain-lain. Setiap warna memiliki kelebihan tersendiri, dan dimana ada kelebihan sudah pastilah hadir bersama kelemahannya.
AURA DAN PEMAKANAN
Matahari, suria atau sistem solar adalah sumber yang menjana kehidupan melalui cahayanya yang memberi tenaga. Bumi dengan segala makhluknya, termasuk manusia, haiwan, serangga, tumbuh-tumbuhan yang hidup di darat atau lautan bergantung kepada tenaga sistem solar ini bagi menjana kehidupan.

Matahari memancarkan pelbagai ‘sinaran elektromagnetik’ dengan gelombang yang berbeza-beza, ada yang boleh dilihat dengan mata kasar dan ada yang tidak. Di antara yang boleh dilihat dengan mata kasar adalah cahaya cerah. Gelombang cahaya boleh diasingkan kepada komponen gelombang berasingan dengan menggunakan peralatan khusus seperti prisma atau pelapis tertentu, dan mata manusia boleh melihat gelombang berasingan ini dalam bentuk pelbagai warna yang berbeza.
Melalui getaran gelombang inilah, setiap elemen kehidupan mendapatkan sumber tenaganya. Alam haiwan, ikan-ikan di lautan, tumbuhan seperti bijirin, buah-buahan dan sayuran merakam, menggunakan dan menyimpan bentuk tenaga ini. Malah pada tumbuhan, spektrum gelombang warna jelas dapat dikenal pasti berdasarkan warna yang tercetak padanya. Contohnya gelombang hijau terakam pada warna hijau daun, gelombang kuning pada warna kulit lemon, pisang dan mangga, gelombang jingga pada betik dan gelombang merah pada buah naga, tomato dan tembikai.
Tatkala manusia mengambil sumber-sumber makanan ini, secara tidak langsung sebenarnya kita sedang mengambil sejumlah tenaga warna yang telah tersedia disimpan pada sumber tersebut. Ini seterusnya membantu meningkatkan keperluan sistem bio-tenaga manusia yang terdiri dari chakra-chakra dan aura.
RANCANGAN AURA RASA
Rancangan Aura Rasa merupakan sebuah rancangan masakan yang lain dari yang lain. Ia merupakan sebuah rancangan 2 dalam 1 yang memberi info dan maklumat yang anda perlu tahu perihal Sistem Kesihatan Aura Manusia dan bagaimana pengaruh menu makanan seharian terhadap sistem ini. Secara ringkas, setiap episodnya akan memperkenalkan suatu topik perihal AURA secara umum, kemudian anda akan dibawa bersama Personaliti jemputan yang akan menjalani dignosis aura untuk membongkar Rahsia Warna Aura mereka. Berpandukan hasil dignosis tersebut, beberapa menu masakan akan disediakan bagi membentuk keseimbangan Aura bagi personaliti tersebut. Chef AURA akan menunjukkan cara masakan atau penyediaan makanan yang memiliki AURA-AURA sihat. Ia merupakan suatu evolusi dalam terbitan rancangan masakan yang menggabungkan AURA dan RASA (menu makanan). Setakat ini belum pernah mana-mana negara menghasilkan dokumentari seumpama ini yang menggabungkan teori Tenaga Warna (AURA) pada sumber pemakanan dan kesannya pada Sistem Bio-Tenaga manusia. . Ia adalah suatu usaha yang harus diketengahkan, barulah Ilmu AURA benar-benar dapat difahami.
Terdapat 13 episod yang ke udara pada setiap hari Rabu jam 10 pagi di RTM1 dan melaluinya 13 personaliti akan di analisa AURA mereka. Kesihatan Bio-Tenaga akan dikenal pasti dan beberapa menu makanan akan disediakan bagi mengatasi permasalahan untuk meningkatkan keseimbangan tenaga AURA. Personaliti-personaliti tersebut adalah:
- Norish Karman (yang juga adalah hos rancangan)
- Dato Aziz Sattar
- Ashraf Sinclair
- Maizura Hamzah
- Abie Abdullah (wartawan hiburan)
- Shalin Zulkifli
- Othman Hafsham
- Lisdawati
- Dr Irfan Khairi
- Datin Suzila Salam
- Elly Mazlin
- Aida Aris
- Prof Dato’ Dr Nik Safiah Karim
