Rahsia Nombor
Saya sering diminta mengulas tentang tarikh, nombor dan perkara yang berkaitan dengan angka atau digit. Selain dalam kuliah numberology, saya sering juga menyentuh rahsia nombor dan kehebatannya dalam sesi kuliah atau seminar saya. Pada saya, ada banyak rahsia yang tersirat dan tersurat pada semua ini, terpulang bagaimana kita mengupasnya atau mahu melihatnya. Mungkin Yang Maha Pencipta menyimpan banyak maklumat dan rahsia energinya disebalik setiap peredaran masa, tarikh, waktu dan hari. Tugas manusia adalah mengkajinya, agar mungkin dapat menerima signafikan yang tersembunyi tersebut tatkala berjaya membongkarnya.
Hari ini Isnin; 04hb Jun,2007 mungkin hari terbaik untuk saya mulakan bicara tentang nombor. Jom kita selidik..
DDMMYYYY ………………. DDMMYYYY
04 JUN 2007 bersamaan 18 J/awal 1428
04 06 2007 …………………. 18 05 1428
Fakta i: 4+6+2+7 = 19 ………………….. 1+8+5+1+4+2+8 = 29
Fakta ii: 1+9 = 1 ………………………….. 2+9 = 11 @ 1+1 = 2
Fakta iii: 04 06; 4+6 = 10 @ 1 ………… 18 05; 1+8+5 = 14 @ 5
>>>>>>> 2007; 2+7 = 9 ………………… 1428; 1+4+2+8 = 15 @ 6
Ulasan Fakta i:
Apabila dicampur semua nombor yang hadir dari tarikh ini, jumlahnya adalah 19. WAH! Ini adalah angka yang hebat. Sebuah nombor yang membongkar kehebatan mukjizat Al-Quran. Kitab ini bukan saja komposis matematika yang dicipta oleh Allah dimana nombor 19 adalah angka luar biasa. Amat nyata sekali maka Galileo membuat penyataan yang terkenal: “Matematika adalah suatu bahasa yang mana Allah mencipta semesta alam.” Penemuan saintifik yang terlalu banyak sekarang ini telah menunjukkan bahwa nombor 19 mewakili tanda tangan Allah diatas sesuatu ciptaanNya. Contohnya:
- Matahari, bulan dan bumi bekerja sama dalam penedaran tempat sekali setiap 19 tahun (lihat ENCYCLOPEDIA JUDAICA dibawah “Calendar”),
- Komet Halley fenomena alam yang nyata akan menziarahi sistem solar kita setiap 76 tahun, 19×4,
- Setem Allah yang ada pada anda dan saya adalah hakikat kenyataan bahawa tubuh manusia mempunyai 209 tulang tulang, 19×11.
- Keseluruhan masa kandungan penuh, fetus difahamkan sebagai 280 hari ataupun 40 minggu selepas akhirnya had, ataupun lebih tepat sekali, 266 hari ataupun 38 minggu selepas penyuburan.” Nombornya 266 dan 38 kedua duanya boleh dibahagikan dengan 19.
- Jumlah huruf pada kalimah Bismillah… ayat pertama dalam surah pertama (AlFatihah) pada Al-Quran ada 19 huruf. (Terlalu banyak lagi fakta tentang ini, dilain kesempatan saya kupaskan lagi.)
Manakala, dari kalendar Hijrah, apabila dicampur semua nombor yang hadir dari tarikh hijrah tersebut, jumlahnya adalah 29. Bagi kalendar hijrah, jumlah hari pada bulan Jamidul Awal adalah 29 hari.
Ulasan Fakta ii:
Apabila dicampur dua angka ini, nilai akhirnya adalah 1. HUWA AWAL.. nombor yang awal atau permulaan. Umpama permulaan untuk saya menulis perihal Rahsia Nombor ini. Manusia terawal adalah ADAM, seorang LELAKI. Angka 1 dilihat sebagai KETUA, sendiri, seorang, keseorangan, sunyi, pemimpin, degil dll. 1 juga sering dilihat sebagai kemenangan, utama, johan, jaguh, hebat, bijak, ego dan dicemburui. Mereka yang lahir pada hari ini berpotensi memiliki ciri-ciri yang dinyatakan. Huruf pertama dalam ilmu huruf adalah Alif – umpama huruf pertama dalam NAMA ALLAH (Alif, Lam, Lam dan Ha). Hari Ahad adalah hari pertama, bahasa arabnya bermaksud yang ke satu (utama/pertama).. Malam tadi, jam 12.01 t/malam hari ahad (semalam) bertukarlah kalendar hari menjadi 04062007. Dalam bahasa arab, WAHD (disebut waheed) itu 1. Nilai huruf jawi bagi perkataan WAHD iaitu Wau, Alif, Haa dan Dal adalah 6,1,8 dan 4 setiap masing-masing. Nombor-nombor ini jika dicampurkan menjadi 19 (6+1+8+4=19 @ 1+9=10 @ 1+0=1).
Manakala, bagi kalendar Hijri, nilai akhir 29 adalah 2 (2+9=11 @ 1+1=2). Jika Adam itu satu, HAWA adalah manusia kedua. Angka 2 sifatnya PEREMPUAN, lembut, teman, sahabat, berbicara, kata-kata, setia, produksi, subur, jujur, berpengaruh, penyokong, cemburu dll. Jika Ahad itu hari pertama, ISNIN (atau dalam bahasa arabnya Isnaini bermaksud 2) adalah hari kedua. Bertepatan dengan hari Rahsia Nombor ini ditulis iaitu hari isnin. Dalam ilmu huruf, nilai huruf Ra adalah 200 @ 2+0+0=2, maka jika 1 (Alif) itu untuk Allah 2 (Ra) untuk awalan ejaan RASUL.
Hebatnya hari ini, memiliki gabungan kekuatan YANG (lelaki) & YIN (perempuan), Keras dan lembutnya, Tuhan Dan Kekasihnya : hukum pasangan yang melengkapkan penciptan alam.
Ulasan Fakta iii:
Apabila nombor-nombor mewakili Hari (DD) dan Bulan (MM) dicampurkan nilai bagi kalendar masihi adalah 1 juga (rujuk penjelasan di atas). Manakala bagi jumlah nilai angka untuk Tahun (YYYY@2007) adalah 9. Nombor 9 adalah nombor akhir dalam susunan nombor sedigit (1 hingga 9) menggambarkan HUWA AKHIR, yang terakhir, tertinggi, terhebat, terkemuka, kejayaan, hasilan, kecemerlangan dll. Sekali lagi, hari yang penuh kehebatan; DDMM adalah 1 dan YYYY adalah 9 atau 1 & 9 (sekali lagi angka 19 muncul – teringat pada band DEWA19.. He he!) Lengkap sekali anugerah hari ini… Patutlah kuat benar desakan jiwa untuk mula menulis akan Rahsia Nombor.
Jika dilihat melalui kalendar Hijri pula, Hari (DD) dan Bulan (MM) berjumlah 5 (1+8+0+5=14 @ 1+4=5). Angka 5 adalah angka yang berada ditengah-tengah dari semua angka sedigit (1 hingga 9) menggambarkan STABIL, Selamat (arbnya: salamah @ SALAM = ISLAM), adil, berpengalaman, berpendirian, bijak, berkharisma, tegas, degil dll. Angka 5 merujuk kepada jumlah rukun Islam, rukun negara, jumlah solat sehari semalam, 50 tahun kemerdekan dll. Hari ke 5 adalah Khamis (arabnya: Khamsatun) hari yang mulia, disunatkan berpuasa, bersedekah, berkahwin juga aktiviti malam ‘jumaat’ (He He!). Huruf arab HA memiliki nilai 5. Manakala bagi jumlah nilai angka tahun (YYYY@1428) pula adalah 6 (1+4+2+8=15 @ 1+5=6). Angka 6 mengingatkan saya tentang Rukun Iman yang enam (ilmu metafizik pertama saya) dan Chakra yang ke 6 iaitu Chakra Ajna yang padanya terdapat TITIK TUHAN @ GOD Sport seperti yang disebut dalam surah pertama yang turun kepada Rasul iaitu Surah Al-Alaq (panjang cerita ni, InsyaAllah saya cerita perihal titik ini lain kali). Hari keenam adalah JUMAAT.. hari kemenangan untuk orang kita. Sebagai nota tambahan; jika kita solat 5 kali sehari dengan jumlah rakaat keseluruhannya ada 17, pada hari Jumaat (solat Jumaat yang menggantikan solat zohor) jumlah rakaat solat 5 kali tersebut adalah 15 atau 1+5=6. Huruf WAU memiliki nilai 6. SUBHANALLAH…. besarnya rahsia nombor hari ini!! Manakan tidak… jika DDMM adalah 5 dan ia adalah huruf HA dan YYYY adalah 6 dan ia adalah WAU.. maka jika DDMM dan YYYY kita temukan, bertemulah 5 & 6 atau Ha & Wau (HUWA!!)
Segalanya untuk DIA!! (Huwa awal & huwa akhir)
Master G -Isnin 04hb Jun, 2007
October 14, 2009 at 1:49 am
As’salamualaikum….
Terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu ini….
Dengan nama ALLAH saya bersumpah yang saya xpernah terfikirpun tentang wujudnya perkaitan angka yang sebegitu menakjubkan didalam setiap sesuatu….
ALLAHUAKHBAR!!!!!!! (ALLAH MAHA BESAR)
Terima kasih saudara….
Hope we can be frenz n share our knowledge….insyaALLAH.
October 14, 2009 at 1:51 am
As’salamualaikum….
Terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu ini….
Dengan nama ALLAH saya bersumpah yang saya xpernah terfikirpun tentang wujudnya perkaitan angka yang sebegitu menakjubkan didalam setiap sesuatu….
ALLAHUAKHBAR!!!!!!! (ALLAH MAHA BESAR)
Terima kasih saudara….
Hope we can be frenz n share our knowledges….insyaALLAH.