Logo HUWA

Sebuah Idealogi

*

Nota Nota ini ditumpukan perbincangannya kepada penggunaan logo ‘YaHU’ .

* *

Aplikasi logo ‘Ya HU’ ini adalah satu praktis yang boleh dikategorikan di bawah gabungan pemahaman ilmu iaitu Kaedah Rawatan Sufi (ilmu huruf), Bio-energi, feng-shui, vatsu, metafizika & ‘numerology’. *

Ia juga adalah hasil kajian, pengalaman peribadi & ijtihad saya selama hampir 10 tahun sepanjang berada dalam bidang perubatan komplementari ini. *Ia bukanlah penemuan baru tetapi lebih kepada memberi nafas baru kepada seni penyembuhan silam yang digarap dan dikemaskinikan agar lebih mantap dan relevan untuk aplikasi pada zaman ini. *Ia tidak bermaksud untuk mencabar mana-mana ideologi perubatan lain mahupun kepercayaan dalam mana-mana budaya, bangsa ataupun agama.

Ia lebih bersifat ‘komplementari’ iaitu pilihan, cadangan dan melengkapkan. Saya tidak sekali-kali membuat tuntutan akan tahap keberkesanannya dalam mana-mana aplikasinya kelak kerana pengamalannya lebih cenderung kepada gerak usaha, ikhtiar, doa & tawakal seseorang dalam memohon kepada Yang Maha Berkuasa untuk sesuatu hajat sewaktu menggunakan kaedah & produk ini.

Tujuan @ Objektif`

Menghidupkan kembali kegemilangan Seni Rawatan Sufi yang telah digunakan sejak berzaman tertutamanya di dalam masyarakat di Nusantara, agar ia tidak hilang ditelan peredaran masa.

  • Membantu untuk menjelaskan rahsia-rahsia penggunaan huruf-huruf di dalam penulisan wafaq atau logo yang menyimpan 1001 rahsia dan maksud yang tersurat & tersirat.
  • Membina sebuah kesedaran dan penghayatan untuk mengagumi kehebatan ilmu-ilmu rawatan silam yang telah dipraktikkan oleh generasi sebelumnya untuk pelbagai isu kesihatan dan keselamatan.
  • Menawarkan suatu produk alternatif atau pilihan dalam penyembuhan metafizika (non-fizik) yang membicarakan tentang penjanaan gelombang-gelombang positif untuk kesihatan jasmaniah & rohaniah, keselamatan (protection), rezeki, hidayah, barakah dan sebagainya.
  • Merupakan alat bantuan dalam latihan penjanaan & penjagaan bio-energi manusia seperti dalam teknik penafasan, meditasi, tafakkur, senaman chi-yoga dan sebagainya. Ia juga sebagai media untuk afarmasi (zikir) minda bawah sedar dalam memprogramkan doa & harapan.
  • Merupakan alat bantuan untuk meningkatkan kesedaran rasa pada hakikat kejadian serta menjana peringatan akan Kehebatan & Kekuasaan Yang Maha Pencipta. Kehadiran logo ini sebagai isyarat (neurotransmitter) untuk minda agar tidak lupa atau lalai dari mengingati DIA (HU ALLAH) pada setiap masa umpama zikir yang berterusan seperti hembusan setiap nafas tanpa henti.

Ya HU -  Yang Tersurat & Tersirat

Fakta-fakta yang anda patut TAHU dan HAYATI(sebuah ILMU yang kian SEPI)

LOGO Yin & Yang HUKUM KESEIMBANGAN / PASANGAN Contoh: HITAM  PUTIH / LELAKI  PEREMPUAN / SIANG  MALAM / AWAL  AKHIR / SUSAH  SENANG / SIHAT  SAKIT dll.

HA & WAU = HU dalam bahasa arab bermaksud Dia. Ia merupakan kata ganti nama ketiga merujuk kepada seseorang. DIA di sini boleh dirujuk kepada Yang Maha PENCIPTA. HUWA AWAL (DIA yang awal) & HUWA AKHIR (DIA yang akhir). Ia juga sebagai Hukum Penafian pada diri, segalanya HAK DIA – siang milikNya, malam milikNya dll HU Putih pada b/ground Hitam – Dalam kegelapan ada DIA yang memberi NUR (cahaya) sebagai Qudrah (energi) HU Hitam pada b/ground Putih – Dalam kesenangan PERLU ada kekuatan jiwa pada DIA sebagai penganugerah NIKMAT dan Qudrah (energi). Huruf HU juga umpama:

  • ZIKIR NAFAS
  • PADA TIAP HEMBUSAN NAFAS, HATI PERLU MENGINGATI DIA
  • MENCETUSKAN RASA RENDAH HATI SETERUSNYA MELATIH DIRI AGAR SENTIASA BERHARAP PADA DIA
  • BERTINDAK SECARA AUTO (secara Subliminal Message) BAGI MINDA SEPARA SEDAR

Huruf HA dalam ILMU huruf memiliki nilai 5. Di dalam susunan nombor 1 hingga 9, nombor 5 berada di tengah bermaksud SEIMBANG / STABIL / HARMONI / SELAMAT (dalam bahasa arabnya SALAMAH atau SALAM iaitu Sin, Lam, Alif & Mim =60+30+1+40= 131 =1+3+1= 5). Pada tangan, jumlah jari pada satu tangan adalah 5, dalam Islam Prinsip atau Rukun Islam ada 5, jumlah solat seharian juga ada 5 dan hari yang ke 5 adalah Khamis (dalam bahasa arab 5 adalah Khamsatun). Manakala Huruf WAU memiliki nilai 6 umpama Rukun Iman yang 6 dan hari yang ke 6 adalah Jumaat. Khamis dan Jumaat adalah hari-hari mulia bagi umat Islam serta digalakkan berpuasa dan beramal pada hari-hari tersebut. HA dan WAU bermaksud 5 dan 6, maka nilai akhirnya adalah 2. Terdapat 2X HA dan Wau, maka 2X2 = 4 yang membawa maksud 4 tahap manusia; Fizikal, emosi, minda dan Spiritual juga 4 tahap ILMU; Syariat, Haqiqat, Tareqat dan Makrifat.

Terdapat segiempat tepat pada logo ini yang memiliki 4 bucu. Pada bucu-bucu ini terdapat huruf LAM ALIF. Nilai huruf Lam Alif adalah 31 iaitu 3 dan 1; 3+1 = 4. Ada 4 Lam Alif maka 4X4 = 16 atau 1+6 = 7. Nombor 7 mempunyai banyak rahsia & kehebatan spt 7hari-7malam, 7 warna, 7 lapisan aura / langit, 7 chakra, 7 lautan di dunia, 7 benua, 7 keajaiban dunia, 7 not muzik dll. Fakta sains fizik menyatakan kombinasi 7 gelombang spektrum cahaya membentuk cahaya cerah, sumber TENAGA kehidupan.. Huruf Lam Alif juga umpama:

  • Kalimah awalan dalam SYAHADAH.. LA ILLAHA ILLALLAH.
  • Hak PENAFIAN..Menidakkan segala yang ada MELAINKAN HakNya, DariNya, UntukNya & KepadaNya.

SETERUSNYA.. MENGAPA TIDAK MAKMURKAN ILMU INI….!!! (sudikah anda bersama saya?? Nyatakan Komen anda)….

PS: artikel ini telah diposkan di 7chakra.com/blog pada Ahad: 3hb Jun, 2007.

Leave a Reply