Archive for October, 2008
Rahsia Tarikh Lahir (Numerology)
Posted in Ilmu Nombor on October 24, 2008 by mastershifooAura itu Roh?
Posted in ILMU AURA & CHAKRA, Tazkiroh, kata shifoo on October 24, 2008 by mastershifoo
KEAJAIBAN AURA
Aura itu adalah keajaiban kejadian manusia. Untuk kupas isu ini mungkin kita bolehlah memberi sedikit pendedahan yang bersifat akaliah & islam. Ini kerana kata AJAIB mungkin akan disalah tafsirkan oleh minda umum kepada mitos, mistik, magis, keramat atau sebagainya. Untuk itu.. keajaiban ini kita kupas dari sudut kejadian akaliah (secara tidak langsung menjelaskan kaitan topik kaitan aura, akal dan kuasa minda, LOA, positive thinking dan lain-lain).
Latarbelakang dan kecenderungan saya dalam ilmu aura telah menemukan saya kepada beberapa fakta. Ada yg jelas dan ada yang simbolik. Untuk saya faham dan terima mungkin MUDAH, namun untuk membuat org lain faham.. itulah cabarannya.
Ini adalah pandangan peribadi saya. Pendapat ini mungkin berbeza kepada ‘ahli’ yang berbeza. Janganlah pula ia disalah tafsirkan semata-mata perbezaan pendapat. Artikel ini ditulis semata-mata mahu memakmurkan ilmu ini serta membuahkan pandangan. Bukan membuat fatwa atau seumpamanya. Ramai orang menemui PERSOALAN akan kaitan ILMU AURA dengan agama (terutamanya iIslam). Tak kurang juga yang buntu untuk merungkaikan hubungan aura dengan manusia; dimana ia pada diri sang insan?. Banyak informasi yang boleh dibaca namun latarbelakang penulisannya hanya dari sudut yang bukan Islam. Lalu, persepsi terhadap ilmu aura menjadi serong atau salah hanya semata-mata ianya amat kurang dibicarakan oleh ilmuan Islam.
Pada pandangan saya adapun aura itu adalah ’sebuah tenaga hidup’. Dari sudut pandangan Islam; sumber utama tenaga manusia hadir dari ROH. Kata ROH bersifat RAHSIA. Rahsia roh ini dipertegas oleh Allah dalam surat Al Isra’ :85
“Dan mereka bertanya kepadamu tentang Roh, katakanlah : Roh itu termasuk urusan-Ku (amr-Tuhanku) dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit .”
Seperti apa yang sebutkan di atas saya tidak berani menafsirkan apakah Roh itu, apalagi hendak menterjemahkan sebagai Roh ciptaan-Ku. Saya akan tetap mengikuti arti lafaz asalnya iaitu ‘Ruuhii’ (Roh-Ku) kerana di sana disebutkan juga kita tidak memiliki pengetahuan tentang Roh kecuali hanya sedikit sekali.
Dalam surah Al Mu’minuun ayat 12 hingga 16 menceritakan perkembangan kejadian manusia dan kehidupannya di akhirat. Asal kejadian manusia dari tanah, saripati air mani pada rahim, seterusnya menjadi segumpal darah, lalu segumpal daging, lalu tulang hinggalah pada firmannya yang bermaksud:
“Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Sucilah Allah, Pencipta Yang Paling Baik” – petikan ayat 14.
Pada ayat yang ke 17 pula Firman Allah yang bermaksud:
“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan di atas kamu tujuh buah jalan dan Kami tidaklah lengah terhadap ciptaan (kami)”.
Dalam tafsiran ayat ini, kitab tafsir menyentuh maksud ‘tujuh buah jalan’ sebagai kejadian langit yang 7 lapis kerana ayat yang seterusnya iaitu pada ayat 18 menyatakan tentang ‘air dari langit’. Kita sedia maklum, 1400 tahun lalu fakta tentang langit yang tujuh masih belum terbongkar oleh sains apatah lagi fakta tentang lapisan aura yang berada disekitar tubuh manusia yang mana sains kini mendapati ianya mempunyai 7 lapisan. Maka, apakah kata “di atas kamu tujuh buah jalan” tersebut merujuk kepada lapisan nasma aura manusia? Hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Pada Surah Al Hijr ayat 29 :
“Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya dan telah meniupkan ke dalamnya Ruh (cipataan)Ku, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud” (QS 15:28-29).
Ayat Al-Quran diatas mengesahkan secara ringkas dan padat hubungan mistik antara Allah dan manusia ciptaanNya. DIA menjadikan manusia dari beberapa elemen, seterusnya menghembuskan nyawa (ruh) ke dalamnya. Dalam ayat ini, Allah menggunakan perkataan arab ‘nafas’ bagi merujuk kepada ‘meniupkan’, dan perkataan arab ‘Ruuhi’ merujuk kepada ciptaan/nyawaNya. Perkataan-perkataan ini juga kita gunakan sebagai merujuk kepada penafasan manusia (nafas) dan nyawa manusia (ruh). Dan nyawa atau ruh ini merupakan asas energi yang menjanakan aktiviti fizikal, minda dan emosi manusia.
Sesungguhnya Roh itulah yang menyebabkan orang itu hidup dan berfikir dan memiliki perasaan (sense), tubuh yang bergerak dan tumbuh, berfikir dan berakal. Semuanya itu kerana adanya Roh. Dan jika manusia tidak memiliki Roh maka tidak akan ada kehidupan pada dirinya. Bererti rasa (sense) intellektual dan jiwa merupakan instrumen roh itu sendiri.
Seterusnya kata An Nafs bermaksud yang memiliki bentuk atau wujud atau sosok yang tergambarkan, yang diciptakan dari unsur alam (ekstrak alam), sedangkan Roh bukan tercipta dari unsur alam ataupun dari materi yang sama dengan Malaikat mahupun Jin.
Secara ilmiah, An Nafs mempunyai beberapa makna : An nafs dalam erti fizik yang mempunyai bahan dari ekstrak tanah yang mempunyai bentuk . Kedua, An Nafs bererti : Jiwa. Jiwa mempunyai beberapa sifat, nafs lawwamah (pencela), nafs muthmainnah (tenang), Nafs Ammarah bissu’ (senantiasa menyuruh berbuat jahat).
Yaa ayyatuhannafsul muthmainnah ….. (QS. Al Fajr : 27-28)
Wala uqsimu binnafsil lawwamah …(QS. Al Qiyamah:2)
Wama ubarriu nafsii, innannafsa laammaratun bissuu’ (QS. Yusuf:53)
Manakala HATI atau KALBU atau Qalb, ertinya sifat jiwa yang berubah-ubah, tidak tetap. Terkadang ia bersifat muthmainnah, kadang juga lawwamah, atau berubah menjadi ammarah bissuu’. Jiwa yang mempunyai sifat berubah-rubah inilah, dinamakan Qalbun !! Dan jiwa yang selamat disebut Qalbun salim (selamat dari sifat yang berubah-rubah) – illa man atallaha biqalbin saliim – kecuali orang yang datang kepada Allah dengan hati yang selamat. (QS. Asy Syura: 89)
Imam Al Ghazali di dalam buku-buku falsafahnya ia mengatakan bahawa manusia mempunyai identiti esensial yang tetap, tidak berubah-ubah iaitu an nafs (jiwanya). Yang dimaksud an nafs adalah substans yang berdiri sendiri, tidak bertempat dan merupakan tempat pengetahuan intelektual (al makulat) yang berasal dari alam malakut atau alam amr. Ini menunjukkan esensi manusia bukan pada fiziknya dan bukan pada fungsi fizik. Sebab fizik adalah sesuatu yang mempunyai tempat. Dan fungsi fizik adalah sesuatu yang tidak berdiri sendiri dan hanya bergantung kepada fizik. Alam al amr atau alam malakut adalah realiti di luar jangkauan pancaindera dan imajinasi, tanpa tempat, arah dan ruang. Ia berlawanan dengan sifat alam al khalq atau alam mulk iaitu dunia tubuh nyata. Dengan demikian an nafs adalah substansi immaterial yang berdiri sendiri dan merupakan subjek yang mengetahui (Bashirah).
Untuk membuktikan adanya substansi immaterial yang disebut an nafs, Al Ghazali mengemukakan beberapa argumen. Persoalan kenabian, ganjaran perbuatan manusia dan seluruh berita tentang akhirat tidak ada ertinya sekiranya an nafs tidak ada. Ini disebabkan kerana seluruh ajaran agama hanya ditujukan kepada yang ada (al maujud) agar dapat memahaminya. Yang mempunyai kemampuan bukanlah fizik manusia sebab apabila fizik manusia mempunyai kemampuan memahami, objek-objek fizik yang lain juga tentulah mempunyai kemampuan untuk memahami.
Selain itu Al Ghazali juga mengemukakan pembuktian dengan kenyataan fakta sejajar dengan kenyataan yang dibuat oleh Ibnu Sina (wafat 1037 M) untuk tujuan yang sama. Al Ghazali memperlihatkan, bahwa diantara makhluk-makhluk hidup terdapat perbezaan-perbezaan yang menunjukkan tingkat kemampuan masing-masing. Keistimewaan makhluk hidup dari benda mati adalah sifat geraknya. Benda mati mempunyai gerak monoton dan didasari oleh prinsip alam. Sedangkan tumbuhan adalah makhluk hidup yang paling rendah tingkatannya, selain mempunyai gerak yang monoton, juga mempunyai kemampuan bergerak secara bervariasi. Prinsip tersebut disebut jiwa vegetatif. Manakala Haiwan pila mempunyai prinsip yang lebih tinggi daripada tumbuh-tumbuhan, iaitu haiwan selain mampu bergerak bervariasi, ia juga mempunyai rasa. Prinsip ini disebut jiwa sensitif. Manusia selain mempunyai kelebihan dari haiwan, juga mempunyai semua yang dimiliki jenis-jenis makhluk tersebut, disamping mampu berpikir dan mempunyai pilihan untuk berbuat atau untuk tidak berbuat. Ini bererti manusia mempunyai prinsip yang memungkinkan berpikir dan memilih. Prinsip ini disebut an nafs al insaniyyat. Prinsip inilah yang betul-betul membedakan manusia dari segala makhluk lainnya.
Sekian buat kali ini. Insyaallah, jika diberi kekuatan akan saya kupaskan lagi hingga mencapai intinya.
Wallahualam.
Aura Merentas Sempadan Masa, Budaya dan Agama
Posted in ILMU AURA & CHAKRA, kata shifoo on October 23, 2008 by mastershifoo
Salamunamaste…
5000 tahun yang lampau, masyarakat India berpegang kepada satu tradisi keagamaan yang meyakini kewujudan kuasa mutlak kepada semua benda hidup yang ada di alam semesta ini. Kuasa itu dikenali sebagai prana. Kuasa mutlak ini adalah tenaga kehidupan yang berputar pada semua benda hidup di mana-mana sahaja. Wujudnya kuasa ini memberi keupayaan untuk hidup. Kehilangan kuasa ini boleh membawa padah. Maka, bagi menstabilkan wujudnya kuasa ini, mereka melakukan yoga dengan meditasi, pengawalan sistem penafasan serta latihan-latihan fizikal yang mampu meningkatkan kesedaran dan tumpuan seterusnya memanjangkan umur.
Pada tahun 538 sebelum masihi, satu ajaran mistik bangsa Yahudi yang dikenali sebagai Kabbalah menggelar tenaga ini sebagai cahaya astral. Sifat-sifatnya tidak jauh beza daripada prana ataupun chi. Begitu juga dengan apa yang dikenali sebagai aura pada hari ini. Segala sifat berkaitan aura sama seperti sifat-sifat yang wujud pada prana ataupun chi ataupun cahaya astral
2000 tahun yang lalu, mahaguru Qigong di negara China pula memperkenalkan disiplin meditasi bagi mewujudkan keseimbangan dalam medan tenaga manusia. Mereka menggelar medan tenaga manusia itu sebagai Chi. Mereka meyakini, chi wujud bagi semua benda di alam semesta ini sama ada benda hidup ataupun bukan hidup. Bagi mereka, chi adalah tenaga kehidupan dan gong adalah kemahiran bagi menggerakkan chi sehingga seseorang mampu memanfaatkan chi bagi kehidupan yang lebih bermakna. Gong mewujudkan pengawalan minda dengan konsentrasi yang maksimum seterusnya membolehkan individu memanipulasi chi. Bukan sahaja bertujuan bagi meningkatkan kesihatan tuboh ataupun memanjangkan umur sahaja, bahkan ia juga berperanan bagi meningkatkan kuasa minda, kuasa minda separa sedar dan kekuatan spiritual. Bermula daripada perkembangan ini, terciptalah Tai Chi, Kung Fu dan beberapa aliran seni mempertahankan diri. Melalui maklumat ini juga, mereka berjaya menerokai bidang pengawalan medan tenaga manusia bagi manfaat kesihatan yang dikenali sebagai akupuntur. Ia dilakukan menggunakan jarum yang dicucuk pada jaluran tenaga yang dikenali sebagai meridian bagi mengimbangi yin iaitu tenaga negatif dan yang iaitu tenaga positif di dalam sistem medan tenaga. Apabila yin dan yang ini seimbang, maka individu itu menjadi sihat dan bertenaga. Apabila yin dan yangi tidak seimbang, maka individu itu akan sakit dan lemah.
Hukum berpasangan dan tenaga kehidupan ini turut dinyata di dalam Al-Quran sejak 1400 tahun lalu. Alam dijadikan berpasang-pasangan. Ia adalah karya Hukum Pasangan ciptaan Yang Maha Esa. Lelaki – perempuan, siang – malam, luar - dalam, baik – buruk, dosa - pahala dan sebagainya. Firman Allah yang bermaksud:
Maha suci Tuhan yang telah mnciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.
- Surah Yassin ayat 36.
Maksud ayat ini haruslah direnung secara halus. Dari hakikat realiti fizika, kita mengenal dan memahami fakta pasangan ini kerana ia jelas lagi nyata. Namun, dari sudut hakikat metafizika pula, ia perlu direnung dengan mendalam dengan mata hati dan jiwa. Tubuh adalah fizika, manakala pasangannya adalah tubuh astral yang tidak nampak. Tubuh astral ini juga dinamakan NASMA iaitu aura. Dalam terminalogi kerohanian, nasma hadir bersama tubuh fizik sebagai wap-wap air atau lapisan nipis udara pada tubuh tersebut. Secara simbolik bolehlah dikaitakan umpama kehadiran haruman (metafizik) pada bunga (subjek fizik) atau cahaya /panas (metafizik) pada api (subjek fizik). Dalam kamus arab, perkataan nasma bermakud ‘jiwa; orang’ manakala dalam translasi inggerisnya pula bermaksud ‘a soul’. Dan SOUL adalah RUH.
Al Qur’an menyebutkan dalam Surat Adz Dzaariyaat ayat 21:
“Dan juga pada dirimu, maka apakah kamu tiada memperhatikan” (QS 51:21)
Juga dalam surat Al Hijr ayat 28-29 :
“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat : sesungguhnya Aku akan menciptakan seorang manusia dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya dan telah meniupkan ke dalamnya Ruh (cipataan)Ku, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud” (QS 15:28-29).
Beberapa fakta di atas ini membuktikan, aura yang kita kenali pada hari ini merentas sempadan masa, budaya dan agama. Maklumat mengenainya wujud sekian lama dan kekal sehingga kini. Ia tidak menjadi bahan yang dapat dimonopoli oleh mana-mana negara, bangsa mahupun agama. Ia wujud dalam diri setiap individu yang hidup di alam semesta ini. Ia secara tidak langsung menjelaskan kepada kita, tidak kira latar belakang ataupun status, kita mempunyai peluang yang sama bagi mencipta keajaiban dalam hidup berbekalkan kuasa ini.

Rahsia Tarikh Lahir (Numerology)
Posted in Ilmu Nombor, Rahsia Tarikh Lahir on October 22, 2008 by mastershifooSalamunamaste…
Setiap kita memiliki Rahsia unik disebalik tarikh kelahiran kita. Takdir kelahiran kita ditentukan oleh Yang Maha Pencipta. Saat kelahiran seseorang dilihat sebagai saat insan tersebut hadir (lahir) ke sistem alam yang sedia pada kitaran dan ketetapannya. Lalu, memahami rahsia tarikh pada hari tersebut umpama membongkar POTENSI DIRI yang tersembunyi. Potensi ini memiliki kekuatan & kelemahannya. Pertembungan nombor-nombor pada digit-digit tarikh menyimpan maklumat-maklumat yang tersendiri. Banyak kaedah untuk membongkar rahsianya. Ada yang berlatar-belakangkan ilmu falaq, i-ching, astronomi, astrologi dan sebagainya.
Membongkar RAHSIA ini merupakan sebuah pengalaman yang menarik. Bukan menilik nasib, namun melihat pattern atau corak yang membentuk kebarangkalian yang mempunyai daya ketepatan yang tinggi. Umpama ahli astronomi & astrologi mengkaji alam untuk mengetahui arah tiupan angin, cuaca, peredaran bintang, peralihan bulan, waktu solat, perubahan musim, tarikh berpuasa, hari raya dan lain-lain.. ianya mempunyai POLA CORAK yang boleh dikodkan. Menyah-kodkannya akan memberikan beberapa maklumat berguna untuk PANDUAN manusia.
Antara KONSULTASI yang saya sediakan untuk umum adalah sesi konsultasi Rahsia Tarikh Lahir (numerology). Saya turut menyediakan KELAS NUMEROLOGI bagi mereka yang berminat. Saya menggunakan beberapa kaedah dalam mentafsir atau memahami ilmu nombor ini. Ramai yang telah mendapat manfaatnya untuk berbagai tujuan.
Saya menerima email yang berbunyi:
Salam..
saya Farah.. saya amat berminat dgn penerangan Dr. mengenai reiki semalam.. boleh saya tahu lebih lanjut mengenai nombor saya?.. birthday saya pada 8 jun 1986, nombor 2… dan dalam suasana menjelang exam sekarang, apakah warna yang sesuai untuk belajar, menghafal dan memahami selain kuning.. kerana saya seorang yg lambat mengingat dan ingatan tidak tahan lama.. boleh beri nasihat sikit..
terima kasih..
Untuk makluman, saya banyak menerima email sebegini. Ada yang sempat saya jawab, ada yang tidak. Selalunya saya nasihatkan supaya hadir ke centre saya untuk sesi konsultasi ‘Tarikh Lahir’ secara personal. Sesi konsultasi biasanya mengambil masa 30 minit – 1 jam dengan kadar fee RM30 hingga RM60. Untuk foto Aura + konsultasi aura pula biasanya RM60.
Memandangkan email ni datangnya dari pelajar UM yang hadir ke sesi kuliah saya di Institut Sains Biologi Universiti Malaya tempohari; saya beri analisis PERCUMA untuk beliau di pentas blog ini. So untuk Farah.. ini analisis tarikh lahir anda, anyway maaf kerana saya perlu uplodekan untuk tatapan umum..
Mudah-mudahan maklumat ini banyak membantu Farah untuk membongkar potensinya.
BUAT PEMBACA YANG BERMINAT UNTUK DAPATKAN “LAPORAN ANALISIS TARIKH LAHIR” ANDA.. SILA EMAILKAN KEPADA SAYA (masterhazil@yahoo.com) MAKLUMAT INI:
1. NAMA PENUH ANDA
2. TARIKH LAHIR PENUH (8 digit) – ddmmyyyy
TAWARAN UNTUK ANDA.. FEE KONSULTASI UNTUK LAPORAN ANALISIS INI HANYA RM20 RM10 SAHAJA!!
Bayaran bolehlah dilakukan ke akaun :
Maybank : 5121 0141 0391 INNERGY QUEST BIO CONCEPT
*** Sila emailkan NO RUJUKAN TRANSAKSI atau fakskan salinan slip transaksi ke 03-58804349 (tuliskan nama anda, tarikh lahir & no telefon/ HP).

Ilmu Yoga – sebuah pandangan
Posted in Yoga, kata shifoo on October 22, 2008 by mastershifoo
Yoga
Yoga merupakan suatu FALSAFAH, SAINS dan SENI penyatuan. Perkataan Yoga berasal dari perkataan ‘YUJ’ di dalam bahasa sanskrit yang bermaksud ‘untuk menghubungkan’ / untuk menyatukan. Secara umum, Yoga bermaksud PENYATUAN SEMUA ASPEK KEHIDUPAN SESEORANG MANUSIA iaitu DALAMAN dan LUARANNYA. Penyatuan Ini dikatakan dapat mengharmonikan kondisi TUBUH, MINDA, EMOSI dan ROH seseorang dimana aspek-aspek ini merupakan ANUGERAH KEKAYAAN yang sedia ada pada setiap insan. Penyatuan yang harmoni ini dapat meningkatkan kualiti penghayatan iaitu KECEDASAN SPIRITUAL insan terhadap ERTI KEHIDUPAN itu sendiri dan seterusnya membentuk suatu PENYATUAN yang HARMONI terhadap dirinya dengan ALAM LUARANNYA termasuklah hubungannya dengan YANG MAHA PENCIPTA.
Untuk masyarakat ISLAM, PERHUBUNGAN ATAU PENYATUAN INI dapat dilihat INTInya melalui penghayatan ASPEK PENCERAHAN KEROHANIAN melalui PERHUBUNGAN DENGAN ALLAH (Yang Maha Pencipta) dan PERHUBUNGAN SESAMA INSAN. – hublulminallah & hublulminannas.
Yoga memiliki sejarah yang lama & purba, ia dikatakan bermula sejak 3300 tahun SEBELUM MASIHI lagi. Ia merupakan SALAH SATU DARI FALSAFAH KEHIDUPAN yang dibicarakan dalam Kitab SAD DARSHANA (Sad bermaksud – 6, dan darshana berasal dari kata drs yang bermaksud ‘melihat’ atau maksud penuhnya ‘pandangan’) Dalam ajaran HINDU, Sad darshana membawa maksud – 6 Kitab Pandangan tentang kebenaran.
Ajaran Yoga dibangun oleh Maharesi/Pendita, dan merupakan ajaran yang sangat popular di kalangan penganut Hindu. Ajaran yoga merupakan ilmu yang bersifat praktis dari ajaran Veda (kitab suci untuk penganut Hindu). Menurut Maharesi Patanjali; Yoga berakar dari kata Yuj yang berarti berhubungan, yaitu bertemunya roh individu (atman/purusa) dengan roh universal (Paramatman/Mahapurusa). Maharesi Patanjali mengartikan yoga sebagai ‘penghentian gerak pikiran’. Sastra Yogasutra yang ditulis oleh Maharesi Patanjali, terbagi atas empat bahagian dan secara keseluruhan mengandung 194 sutra. Maharesi Patanjali juga menggariskan 8 DAHAN/SAYAP untuk Yoga iaitu:
1. YAMA – keharmonian / kesejahteraan UNIVERSAL
2. NIYAMA – keharmonian & disiplin diri serta PENYERAHAN kepada TUHAN
3. ASANA – gerak & kedudukan yang berwaspada melibatkan pelbagai posisi
4. PRANAYAMA – memanjangkan / menghayati PRANA (energi – terutamanya nafas)
5. PRATYAHARA – latihan minda/fikiran untuk melepaskan pegangan logik terhadap kewujudan fizikal.
6. DHARANA – konsentrasi / fokus . Kebolehan mengendalikan TUMPUAN MINDA terhadap sesuatu
7. DHYANA – Meditasi atau tafakkur
8. SAMADHI – Penghayatan yang tinggi terhadap PENCERAHAN JIWA. Melibatkan praktis dan rasa kusyuk, fana’, zauq dll.
Masyarakat global umumnya mengenal Yoga sebagai aktifiti latihan utamanya asana (postur). Ia juga digunakan sebagai salah satu dari kaedah rawatan alternatif, biasanya hal ini dilakukan dengan latihan pernafasan, meditasi (tafakkur – perenungan yang mendalam) dan senaman yang telah dikenal dan dipraktikkan.
Yoga merupakan SENI & SAINS KEREHATAN sistem tubuh. Melaluinya pelbagai SET KONDISI KEMANTAPAN SISTEM KESIHATAN manusia dapat dicapai. Keharmonian ini akan menjadi SISTEM PEMAMPAN yang menghalang penyakit fizikal, minda, emosi dan kerohanian. Tekanan atau stress dapat diharmonikan seterusnya diatasi dari berada dalam sistem energi tubuh.
Master G
KARSUS BIO-ENERGI – ILMU CHAKRA (EXTENDED)
Posted in ILMU AURA & CHAKRA, REIKI Bio-energy, kata shifoo, khazanah blog 7chakra yang hilang on October 22, 2008 by mastershifooPada kali ini saya akan mendedahkan suatu lagi informasi atau ilmu yang mungkin berguna dan penting berkaitan dengan Chakra. Ia mungkin sesuatu yang anda telah sedia tahu… mungkin juga sesuatu yang baru. Namun begitu amat jarang sekali dikupas oleh mana-mana perguruan bio-energi kerana fakta-fakta ini merupakan tingkatan ilmu yang dalam dan rumit. InsyaAllah, saya cuba mengupasnya seringkas dan semudah yang boleh.
Seperti yang telah saya bicarakan sebelum ini, secara ringkasnya chakra dari sudut ilmu bio-energi adalah ‘pusat tenaga’ yang menyerap, menyimpan dan menjanakan tenaga hayat (bio) pada sistem bio-energi manusia. Sumber tenaga ini adalah dari sistem solar cahaya matahari yang memancarkan spectrum gelombang 7 warna pelangi. Tenaga cahaya ini akan diperangkap oleh sistem antenna tubuh iaitu bulu roma pada organ kulit (organ terbesar). Tenaga cahaya ini lalu ditapis mengikut ukuran arus cahaya warnanya dan disimpan dichakra-chakra yang utama (7 chakra mengikut warna). Tenaga cahaya yang tersimpan akan dihantar melalui jalur tenaga (meridian) yang akan melalui titik tenaga kecil diseluruh badan (365 titik yang telah dikenal pasti) untuk pelbagai kegunaan dan tujuan. Ia umpama arus kecil (dalam spectrum cahaya) yang dihantar untuk membolehkan organ-organ bekerja yang seterusnya menjana aktiviti tubuh. Sistem tenaga chakra juga dikatakan berkait rapat dengan arus tenaga yang menjana aktiviti minda dan emosi. Malah ada yang menamakannya sebagai Tenaga Spiritual (metafizik – minda & emosi).
Melalui aliran tenaga cahaya ini serta aktiviti pengambilan makanan dan proses pernafasan, sistem badan manusia mencipta suatu lagi bentuk / set tenaga. Ia juga dikatakan terbentuk dari aktiviti sel hidup dan ia tersimpan sebagai Tenaga TUBUH atau STAMINA yang tersedia untuk diguna-pakai oleh manusia dalam pelbagai aktiviti kinsiologi (aktiviti otot tubuh). Set tenaga tubuh ini memiliki arus tenaga yang lebih tinggi (dipanggil arus letrik tubuh) berbanding pada arus cahaya yang dijana oleh sistem chakra bersesuaian dengan fungsi dan aplikasinya yang memerlukan arus yang tinggi untuk tugasan yang berat oleh seluruh tubuh fizikal.
Meneliti fakta di atas, haruslah diingat bahawa; tenaga tubuh fizik merupakan produk dari aktiviti sel yang mendapat sumber tenaganya dari gabungan arus cahaya (tenaga spiritual), udara (pernafasan) dan pengambilan makanan mikro & makro (juga minuman – air). Maka, secara umum ia bukan lagi dalam bentuk arus spectrum cahaya tetapi telah berubah bentuk kepada arus letrik tubuh. Namun begitu, kualiti arus cahaya chakra yang baik (melalui sistem kecerdasan minda, emosi dan tingkatan kerohanian yang tinggi) hasil perlatihan dalam ilmu bio-energi seperti REIKI, serta kualiti pernafasan yang baik melalui pelatihan pernafasan & meditasi yang sempurna, juga sumber makanan & minuman yang berkualiti (halal, diet yang seimbang dll); akan MENENTUKAN KUALITI tenaga stamina yang terhasil.
Dalam bahasa Jepun, tenaga ini dikenai sebagai Shintai Energy. Melalui disiplin perlatihan yang mengkhususkan kepada peningkatan kekuatan otot; minda akan mengasah TENAGA STAMINA menjadi suatu bentuk KEKUATAN FIZIKAL yang hebat dan luarbiasa. Inilah yang biasa kita lihat dalam kebanyakkan bentuk perlatihan seni beladiri (martial-art) seperti Karate-do, Tae Kwondo, Aikido, seni silat begitu juga dalam seni bina badan, sukan gusti lengan, tinju, angkat berat dan sebagainya. Faktor pemakanan, kerehatan dan disiplin latihan secara tekan tubi & berterusan akan menentukan tahap pencapaian seseorang dalam memanfaatkan tenaga stamina ini menjadi kekuatan fizikal luarbiasa. Tenaga stamina yang solid atau Shintai energy ini digunakan secara meluas oleh mereka yang digelar Taijutsu (pengamal seni pergerakkan badan). Pengamal taijutsu bergantung kepada kecekapan, ketangkasan, kekuatan dan daya tahannya. Tenaga ‘shintai’ mampu bertahan agak lama dalam sesuatu sesi aplikasinya, namun jika ia berterusan dalam sesuatu tempoh masa yang panjang; tahap tenaga stamina akan menurun dan ini akan memenatkan dan menyakitkan otot-otot.
Oleh kerana perlatihan yang memerlukan disiplin yang tinggi, masa yang panjang serta kemampuan untuk bertahan yang tidak menentu dalam teknik taijutsu ini, ramai pengamalnya (pada zaman dahulu) mula membuat ekplorasi dan mencari teknik-teknik lain yang lebih hebat dan memiliki KUASA lebih TINGGI daripada kekuatan taijutsu yang bergantung kepada tenaga shintai semata-mata. Bertolak dari sinilah maka terciptalah ILMU TENAGA DALAM dan TENAGA KEBATINAN.
KETAHUI RAHSIA KEHEBATAN TENAGA DALAM – SUATU TEORI YANG MEMBONGKAR RAHSIA YANG TIDAK PERNAH DIBICARAKAN OLEH MANA-MANA KARSUS di NUSANTARA. Malah pengamal ILMU DALAM sendiri belum ten TAHU RAHSIA ini!!! Ikuti WORKSHOP REIKI … !!!
Bicara Medik & Misteri – part 2
Posted in MEDIA, khazanah blog 7chakra yang hilang on October 22, 2008 by mastershifooArtikel ini pernah di poskan di 7chakra.com/blog. Artikel ini juga pernah disiarkan di Majalah MISTERI.
Bicara MEDIK & MISTERI
Menghalau gangguan JIN di RUMAH melalui REIKI
Gangguan energi pada tempat, premis atau persekitaran merupakan fenomena mistik yang boleh menjadi pengalaman unik kepada sesiapa sahaja yang pernah melaluinya. Samada percaya atau tidak, betul atau rekaan.. cerita mengenainya sering menjadi perbualan. Pelbagai andaian, kajian dan rumusan cuba dilemparkan, tak kurang juga langkah untuk mengatasi atau menyelesaikannya namun kita masih belum bebas dari misterinya. Dari sudut relatif sains fizik, fenomena gangguan mistik ini dilihat sebagai ketidak-stabilan tenaga yang terdapat dilokasi atau ruang tersebut. Gangguan arus lastrik atau elektromagnatik berfrekunsi tinggi pada persekitaran tersebut akan mengakibatkan kesan radiasi kepada sistem aura & chakra manusia.
Terdapat banyak pengalaman dalam penyembuhan REIKI yang berkaitan dengan gangguan tenaga di premis atau di rumah yang ingin saya kongsikan di pentas ini. Untuk kali ini, saya berkongsi pengalaman Misteri:
MENYEWA BERSAMA JIN oleh Master Muhammad Hafiz
Memang aneh dan menakutkan ketika anda sedang berbaring sambil berehat menonton televisyen, tiba-tiba dikejutkan dengan kelibat hitam seperti orang berjalan di dalam rumah masuk ke dalam bilik atau ke dapur atau ke tandas. Dan semasa anda tidur pula anda didatangi dengan mimpi-mimpi yang menakutkan dan tubuh selalu ditindih.
Kisah ini terjadi kepada dua orang rakan saya Nazri dan Asrul yang menyewa sebuah pangsapuri di Subang sejak setahun setengah lalu. Menurut Nazri, peristiwa ganjil seperti ini telahpun berlaku ketika mula-mula dia menyewa disitu lagi. Tetapi sejak akhir-akhir ini perkara tersebut semakin menjadi-jadi sehinggakan dia terpaksa memasang mp3 Al-Quran sepanjang malam. Kata Nazri. “Bukan kami sahaja yang menyewa disini, ada ‘benda’lain tumpang jugak…”. Katanyanya lagi, pernah satu malam teman serumahnya Asrul, dikejutkan dengan lembaga hitam yang ‘tercongok’ disebelah katil tempat tidurnya dengan rupa yang samar-samar tetapi menakutkan. Mereka percaya bahawa rumah yang mereka duduki itu ditumpang makhluk lain. “Dulu dia tak datang selalu dan kalau datang pun cuma kelibat je, tapi macam manapun hampir tiap-tiap bulan mesti ada saja gangguan, Cuma semenjak sebulan dua ni je, benda tu selalu sangat kacau”.
Rumah itu asalnya hanya disewa oleh Asrul, tetapi pada masa itu hanya satu bilik yang didiami. Tetapi selepas Nazri berpindah masuk kesana, kedua-dua bilik di rumah tersebut dihuni. Mungkin semasa Asrul mendiami rumah tersebut seorang, makhluk berkenaan menggunakan bilik kosong yang didiami Nazri sekarang sebagai kediamannya!
Peristiwa aneh itu juga dirasai oleh rakan Nazri yang bermalam dirumahnya. Pada malam itu rakannya Isa bermimpi seorang perempuan tua muncul dengan tiba-tiba. Dia berwajah hodoh lalu membebel dengan bahasa yang tak difahami seolah mengusir dari tempat tidurnya, tetapi dalam mimpi tersebut dia tidak berganjak lalu perempuan tua bermuka hodoh itu terus datang dan berbaring diatas tubuhnya. Isa terjaga dari tidur kerana dihimpit lalu terus menceritakan kepada Nazri dan Asrul yang hanya mampu tersengih bila diadukan perkara tersebut. Bila situasi kian memuncak, mereka sepakat untuk meminta khidmat dan pandangan saya.
Pada malam tersebut dalam jam 2-3 pagi saya memulakan ‘pengubatan’ secara jarak jauh dan dari scanning yang saya lakukan, didapati bahawa makhluk tersebut adalah dalam keluarga jin bukannya seekor tetapi sepasang dan telah bekeluarga. Pasangan jin tersebut telahpun berada disitu sebelum rumah tersebut disewakan lagi. Setelah membuat kepastian daripada scanning, saya memulakan kerja-kerja ‘memindahkan’ seluruh ‘keluarga’ tersebut secara metafizik dengan ‘mengklon’ kediaman Asri ke dalam bebola tenaga dan makhluk tersebut dipindahkan dengan mudah ke dalam bebola tenaga tersebut. Kemudian, saya ‘pagar’ rumah tersebut secara metafizik pada keenam-enam dimensi. Walaupun tiada kepastian dalam menjelaskan gerak-kerja ini, namun dari pengalaman dan ilmu Reiki yang dipraktikkan; saya mentafsir begitulah cerita dan situasi yang berlalu sepanjang tempoh perawatan. Sebagai pengamal REIKI, saya berusaha semampu yang boleh untuk melakukan tugasan saya sambil bertawakal dan berdoa pada Illahi agar doa dan ikhtiar saya ini dimakhbulkan.
Dua minggu berikutnya, saya dan Nazri serta Asrul bertemu dan mereka memberitahu saya bahawa mereka tidak lagi diganggu oleh kelibat mahupun didatangi oleh mimpi aneh yang menyeramkan. Saya menasihati mereka agar terus pantau keadaan ini buat beberapa minggu lagi. Saya juga menyarankan agar mereka solat berjemaah dan membaca yasin memohon rahmat dan pendinding untuk rumah mereka.
Menurut pemahaman dan pengetahuan saya, bangsa jin juga adalah seperti manusia, mereka memerlukan tempat tinggal dan kebanyakan tempat tinggal mereka diceroboh manusia untuk dibangunkan. Oleh yang demikian mereka terpaksa menumpang apa sahaja asalkan ada ruang untuk mereka diami seperti rumah tinggal, batu-batu permata yang tak dijaga, keris, bahan logam seperti perhiasan lama dan termasuklah rumah manusia. Makhluk bernama jin ini sentiasa menantikan peluang dan kelalaian manusia untuk menumpang dan seterusnya tinggal bersama manusia. Sebab itu petua orang tua-tua, nak masuk rumah kenalah bagi salam dan bacalah basmallah, apabila hendak masuk tidur, kibas-kibaskan dulu katil.
Dengan mempelajari REIKI, saya mendapati ia amat mudah dipraktis, tanpa ada syarat maupun pantang tertentu. Sifat tenaganya yang universal dan penuh dengan tenaga kasih sayang Illahi yang mampu untuk menundukkan tenaga negatif tanpa menggunakan kekerasan. Perlulah kita ingat, sebesar mana jin atau sehebat mana pun mereka, manusialah yang dilantik Allah sebagai khalifah dimuka bumi.
Majlis Pembukaan Reiki i-Medic Bangsar
Posted in AKTIVITI, REIKI i-MEDIC, kata shifoo on October 21, 2008 by mastershifooSalamunamaste..
Alhamdulillah, pada 19hb lalu SEJARAH TELAH TERUKIR buat sebuah perjalanan saya dan IQBC di pentas Reiki Malaysia dengan berlansungnya Majlis Pembukaan Rasmi Pusat Rawatan Bio-energi REIKI i-MEDIC Cawangan Bangsar. Majlis berlangsung dalam suasana harmoni, kesederhanaan dan mencapai matlamatnya.
Begitu kasihnya DIA dengan limpahNya yang tiada HAD untuk mengizinkan majlis kecil untuk sebuah usaha kecil yang menyimpan matlamat & harapan yang BESAR. Begitu belasnya DIA untuk mengizinkan sebuah keluarga kecil tapi harmoni ini berkumpul sambil menikmati rezeki juadah hidangan sempena keberkatan Syawal yang kian sampai ke penghujungnya. Saya BERSYUKUR atas segala kesempatan itu… melihat ia sebagai sebuah ANUGERAH yang tiada akhiran sepanjang menikmati nikmat KEKAYAAN dalam kehidupan.
Dari AURA mereka yang hadir serta tuan rumah; Master Nurulhuda & Jehanshah – saya dapat merasakan sebuah VIBRASI KUANTUM KEJAYAAN yang hebat mula terjana. Saya amat yakin akan ‘rasa’ itu… saya amat kenal dengan ‘rasa’ itu.. dan tiada alasan untuk saya menidakkan kesan ‘rasa’ itu kelak. Hanya masa yang akan menentukan cepat atau lewatnya… hanya pesan saya; terus ikut ‘arus’ dan beristiqamah untuknya.
Berikut adalah KALAM PERASMIAN yang saya sampaikan sewaktu memberi bingkisan ucapan pada majlis tersebut. Saya semadikan ucapan tersebut di pentas mulia ini untuk tatapan dan kenangan bersama.
TEKS UCAPAN – MAJLIS PERASMIAN REIKI i-MEDIC, BANGSAR.
Bismillahirrahmannirrahim..
(Selawat)
Alhamdulillah… syukur di atas segala kesempatan ini ya Allah.
HARI INI, AHAD 19 Syawal 1429 bersamaan 19hb Oktober, 2008. TARIKH KERAMAT ini akan menjadi SEJARAH gemilang buat GOLD MAPLE SYNERGY & Innergy Quest Bio Concept Sdn Bhd dengan MAJLIS PERASMIAN pusat rawatan REIKI i-MEDIC cawangan Bangsar ini. Pastinya PERISTIWA ini akan menjadi MEMORI TERINDAH dan mudah-mudahan ianya juga menjadi TITIK MULA (AWAL) untuk sebuah perjalanan yang MAKMUR.
AHAD (ahadun) adalah SATU.. 19 (1+9) membawa jumlah SATU, syawal & oktober iaitu bulan ke 10 juga membawa jumlah SATU. Malah 2008 juga membawa jumlah SATU.
SATU sebagai PERMULAAN, AWALAN, KUASA dan UTAMA.
Allah menyebut kata ‘AHAD’ dalam firmanNya:
“Katakanlah Dialah, Allah Yang Maha Esa” – (al-Ikhlas :1)
Diriwayatkan oleh Anas bin Malik ra. Mengatakan “bahawa Rasulullah SAW ditanya tentang hari AHAD, maka baginda menjawab: HARI AHAD ADALAH HARI MENCIPTAKAN DAN MEMAKMURKAN. Para sahabat bertanya: Mengapa demikian Ya Rasulullah? Rasulullah SAW menjawab: Kerana pada hari itulah ALLAH mulai menciptakan dunia dan memakmurkannya”.
****Sebahagian ULAMA mengatakan bahawa pencipta Yang Maha Kuasa telah menciptakan pada hari AHAD akan 7 macam benda di antara makhluk, setiap satu diantaranya pula dipecahkan lagi menjadi 7. Adapun 7 macam benda itu adalah:
1. Tempat jalan bintang-bintang
2. Bintang-bintang yang bergerak
- ZUHAL – falak ketujuh
- MUSYTARI – falak keenam
- MARIKH – falak kelima
- SYAMSU – falak keempat
- ZAHROH – falak ketiga
- ATHARID – falak kedua
- QOMAR – falak pertama
3. Neraka yang bertingkat
- Jahannam
- Sa’ir
- Saqor
- Jahim
- Huthamah
- Lazo
- Hawiyah
Setiap neraka pula ada 7 lapis
- Lapisan pertama untuk PENDUSTA
- Lapisan kedua untuk ORANG LALAI SOLAT
- Lapisan ketiga untuk PENGUMPAT & PENCELA
- Lapisan keempat untuk PENIPU
- Lapisan kelima untuk YANG MEMPERSEKUTUKAN ALLAH
- Lapisan keenam untuk GOLONGAN YANG KERAS HATI terhadap agama
- Lapisan ketujuh untuk GOLONGAN YANG CURANG DALAM MENIMBANG
4. Bumi yang berlapis - 7 lapis bumi
5. Lautan yang besar – 7 lautan
6. Anggota tubuh manusia – 7 anggota : OTAK, URAT SARAF, TULANG BELULANG, DAGING, DARAH dan KULIT.
7. Hari-hari dalam seminggu -
Kata Ali bin Abi Thalib :
AHAD untuk membangun
ISNIN untuk berlayar
SELASA untuk berbekam (merawat darah)
RABU untuk minum ubat
KHAMIS untuk tunaikan hajat
JUMAAT untuk berkahwin
SABTU untuk berburu
HARI AHAD ADALAH HARI MENCIPTAKAN DAN MEMAKMURKAN. HARI INI sekali lagi sebuah SEJARAH BESAR TERUKIR OLEH IQBC.
Reiki i-Medic merupakan SEBUAH PLATFORM/PENTAS yang disediakan untuk UMUM MENGENALI REIKI, MENDAPATKAN INFO & TERAPI dan SETERUSNYA MENYEMBUHKAN JASMANI & ROHANIAHNYA. PERTAMA SEUMPAMANYA di MALAYSIA dan RIM BANGSAR merupakan CAWANGAN PERTAMA yang dilahirkan oleh IQBC sdn bhd untuk tujuan ini.
TAHNIAH & TERIMA KASIH KEPADA Pn Shuhaila Kamis atas segala USAHA untuk menjayakan kelahiran centre RIM ini. Ucapan SYABAS atas kesungguhan dan usaha yang diberikan oleh GOLD MAPLE SYNERGY yang diterajui oleh MASTER JEHANSHAH & MASTER NURULHUDA. Saya harap ia berterusan dan berkekalan: ingat!! Ini baru permulaan.. MEMAKMURKANNYA ialah cabaran utama kelak. PERJUANGAN HARUS JELAS & KENTAL. HATI MESTI AHADUN!! Jihad untuk memperjuangkan ILMU demi kemakmuran dan kesejahteraan sejagat.
Saya juga berharap selepas ini LEBIH RAMAI di kalangan kita yang TAMPIL untuk MEMBUKA CAWANGAN REIKI i-MEDIC yang seterusnya di tempat-tempat lain. KERJA RAWATAN adalah sebuah bidang yang MULIA & SUCI.. melaluinya juga, bukan hanya sebagai ikhtiar mencari rezeki; jika niatnya jelas & betul – ia adalah sebuah IBADAH.
Dengan rasa penuh TAKZIM, KESYUKURAN, rendah diri, IKHLAS & REDHA >> saya dengan menyusun 19 huruf ini (kalam BASMALLAH) bagi membentuk lafaz agung :- Dengan lafaz: BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM… DENGAN INI merasmikan PUSAT TERAPI BIO-ENERGI REIKI i-MEDIC BANGSAR.
Sekian.
PS: Saya selitkan di sini, MANTERA BERADU (PERJUANGAN)
Bismillah!
Gerakkan Hati… Hati gerakkan… Pandanglah aku.. aku lah dia..
Kucing bawa tidur rimau bawa igau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau
Naik bukit angkuh cakap ayah jangan risau
turun bukit pucat dengar tiga miaww
kucing bawa tidur rimau bawa igau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau
tolak pintu gua tiga kerat tenaga
kosong tak dijaga sampai datang tiga naga
ingat nak berlaga tapi tak kan boleh menang
menang dengan otak tak mesti dengan pedang
Sebelum jadi bangkai ikan koi renang renang
pura pura salah jawapan untuk naik berang
panggil lima kawan atau biar pergi laju
risaukan pekara remeh kita tak akan maju
muka sama hijau hati siapa tahu
merah dah menyala pasti mati siapa mahu
gagap tiga kali bercakap benar saja
bulan terang ramai yang keluar buat kerja
Panjat pokok buluh cari tukun air terjun
naik sampai nampak dah terpegun turun
tiga ular ikut lompat atau paut
kalau lari mati jika jerut maut
Awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua birat dan kalimah
semua janji yang terikat
lebur disisimu
Puisi hati mu… hati mu puisi
palu hati ku palu hatiku
Kulit tak besalin walau saling ganti baju
pandang sini pandang sini
ku berbahasa baku kata kata nahu
himpun jadi satu
mantera beradu dengan irama dan lagu
Akhirnya sempurna….





CERIDEK: 7chakra digodam lagi..
Posted in CERIDEK (cerita pendek), kata shifoo on October 20, 2008 by mastershifooAlkisahnya, pada 24hb SEMBILAN hari tu web saya telah diGODAM. Habis khazanah yang ada didalamnya dimusnahkan. Ni macam cerita kena rompak & tembak.. nak rompak-rompak jelah.. jangan la kasi mati terus.. yea tak??!
Ingatkan dah berlalu.. rupa-rupanya TAK lagi! SABTU 18hb SEPULUH; KENA GODAM LAGI!
Asalnya saya yang tengah belajo nak buat webpage ni buat beberapa perubahan pada mainpage 7chakra.com.. bila dah siap, uplodekan.. dan tetiba web tu digodam lagi. Nasib baiklah, webmaster Zahir berjaya menyelamatkan pada subuh hari ahad tu. ADUUUYAAII… susahlah camni..
nasib-nasib…
Master G
PS: nasib baik, saya post blog ni kat wordpress, bukan kat 7chakra.com/blog saya yang dulu. Ohya!! cuba check muka baru 7chakra.com (tapi baru mainpage je, masih cuba-cuba & belajar). Ok tak? komen pleaseee…
AURA AGRO > sebuah perenungan..
Posted in ILMU AURA & CHAKRA, kata shifoo on October 18, 2008 by mastershifooSalamunamaste…
AURA AGRO adalah suatu tema yang saya gunakan untuk menceritakan aura dalam pertanian atau agrikultur. Aura membawa maksud medan atau lapangan tenaga elektromagnatik yang berada pada semua makhluk hidup seperti tumbuhan, haiwan, batu-batuan juga manusia. Kewujudan lapangan tenaga (energy field) ini secara fiziknya menjelaskan bahawa setiap mekanisme kehidupan alam akan merakam, menyimpan dan menggunakan tenaga dalam aktiviti kehidupannya. Sumber tenaga utama pada alam tentunya dari spektrum cahaya matahari yang memancarkan getaran gelombang berbagai warna untuk pelbagai maksud kegunaan. Secara umumnya, getaran tenaga inilah yang menjadi asas aktiviti sel pada tumbuhan dan haiwan dalam menghasilkan berbagai sumber mineral, vitamin, nutrien, protein, kabohidrat, zat besi dan sebagainya yang kelak bakal menjadi asas makanan sebagai sumber tenaga untuk manusia.
Perkataan Agriculture berasal dari dua perkataan latin iaitu agri atau dalam latinnya ager yang bermaksud medan (a field) atau lapangan, dan culture dalam bahasa latinnya cultura yang bermaksud pemupukan atau pemeliharaan. Secara literalnya ia membawa maksud sebuah lapangan pemupukan / pemeliharaan. Lalu bolehlah saya katakan, bahawa perkataan Aura dan Agro itu sendiri secara umumnya membicarakan tentang sebuah “medan atau lapangan yang memfokuskan pemeliharaan atau pemupukan benih usaha yang disemai”.
Sebelum saya mengupas dengan lebih lanjut, suka saya berkongsi sedikit ilmu tentang aura yang merupakan lapangan saya, untuk pembaca mendapat gambaran dengan lebih jelas akan kaitannya dengan agro ini.
Bahan Fizik dan Bukan Fizik (metafizik)
Aspek bukan fizik @ metafizik iaitu sesuatu bentuk tenaga yang halus merupakan sesuatu yang bukan baru. Pada kurun ke 19, fenomena ini sudah dikaji pada kewujudan medan bio, atau ether, di mana tenaga ini tidak boleh nampak dengan mata kasar. Para penyelidik seperti Wilhelm Reich, yang telah membangunkan teori tenaga orgone, dan Nikola Tesla, yang telah menggunakan tenaga ini di dalam eksperimennya yang telah memperkembangkan lagi teori dan penggunaan tenaga halus ini.
Eksperimen pertama yang berkaitan dengan tenaga badan, iaitu tenaga halus yang hidup disekeliling benda hidup telah dilakukan pada tahun 1930-an dan 1940-an oleh Dr. Harold S. Burr di Universiti Yale yang sedang membuat kajian mengenai medan tenaga di sekeliling haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Untuk mengesahkan medan tenaga ini, Burr telah menggunakan voltmeter biasa untuk disukat pada kulit. Dengan menggunakan medan tenaga pada haiwan salamander (haiwan seakan-akan cicak), dia telah berjaya menentukan bahawa potensi tenaga elektrik disambungkan di antara otak dan tulang belakang. Dr. Robert O.Becker juga telah melakukan kajian yang serupa serta mengembangkan lagi penyelidikan Dr. Burr. Dr.Robert; beliau telah mengkaji bahawa pengaliran elektrik juga berhubungkait dengan sistem saraf. Setiap sel-sel adalah positif dan hujung saraf adalah negatif sebagai potensi elektrik.
Dr. Burr juga melakukan penyelidikan pada tunas biji benih dan beliau telah mendapati bahawa medan tenaga elektrik di sekeliling tunas adalah tidak sama dengan tenaga pada biji benih itu sendiri tetapi lebih mengejutkan ianya adalah sama dengan tenaga sebatang pokok yang sedang membesar. Burr telah membuat rumusan bahawa setiap perkembangan organisma dipengaruhi oleh tenaga elektrik di sekelilingnya.
Fotografi elektrografik yang berkaitan dengan medan tenaga elektromagnetik pada benda hidup telah mula dikenalpasti pada masa kini. Pada awal 40-an, apabila Dr.Burr menjalankan kajiannya di USA, seorang penyelidik Rusia, Semyon Kirlian juga melakukan kajian yang serupa. Dia mengkaji teknologi fotografi pada organisma hidup di dalam frekuensi yang tinggi, voltan tinggi dan kekuatan medan tenaga elektrik yang rendah. Dengan teknik elektrografiknya, Kirlian telah berjaya memaparkan medan elektrik pada kertas fotografi.Burr dan Kirlian telah berjaya membuktikan pada zaman 40-an itu, bahawa semua benda-benda hidup dikelilingi oleh sebuah medan tenaga yang sangat halus. Kedua-dua saintis ini telah membuktikan kaitan di antara penyakit dan perubahan medan tenaga pada suatu organisma.
ILMU AURA
Menurut ilmu sains fizik, setiap benda terdiri dari partikel-partikel kecil yang disebut sebagai atom. Atom terdiri dari elektron-elektron yang bermuatan negatif dan proton-proton yang bermuatan positif. Proton dan elktron ini adalah getaran lestrik dan magnet. Proton bergerak di sekiling inti, sedangkan elektron bergerak mengelilingi proton. Ruang di mana atom bergerak disebut ruang atau medan energi (energy field). Medan energi ini memancarkan cahaya. Dengan demikian, setiap benda atau materi yang terdiri dari atom mempunyai ruang energi bercahaya; inilah yang disebut aura.
Aura adalah medan arus elektromagnet atau perisai halus yang terbentuk di luar objek yang memiliki sejumlah getaran gelombang tenaga di dalamnya. Bagi manusia getaran gelombang tenaga ini berkait rapat pada tahap tenaga pada minda, emosi dan fizikal individu tersebut. Aura juga bertindak sebagai perisai diri. Manusia begitu terdedah kepada getaran tenaga negatif yang berada diselilingnya. Dari sinar UV yang berlebihan hinggalah kesan sinar infra merah yang merosakkan sel dan tisu tubuh manusia. Begitu juga pada kesan radiasi buatan manusia seperti microwave, televisyen, radio, telefon bimbit dan lain-lain. Aura yang sihat dan bersaiz besar dapat mengekalkan keharmonian tubuh di dalamnya, manakala aura yang nipis dan pecah akan memudahkan getaran gelombang negatif masuk dan mengakibatkan ketidakseimbangan tenaga berlaku. Faktor tekanan hidup atau stres merupakan salah satu manifestasi ketidakseimbangan tenaga pada aura tubuh manusia.
AURA DAN PEMAKANAN
Matahari, suria atau sistem solar adalah sumber yang menjana kehidupan melalui cahayanya yang memberi tenaga. Bumi dengan segala makhluknya, termasuk manusia, haiwan, serangga, tumbuh-tumbuhan yang hidup di darat atau lautan bergantung kepada tenaga sistem solar ini bagi menjana kehidupan.
Matahari memancarkan pelbagai ‘sinaran elektromagnetik’ dengan gelombang yang berbeza-beza, ada yang boleh dilihat dengan mata kasar dan ada yang tidak. Di antara yang boleh dilihat dengan mata kasar adalah cahaya cerah. Gelombang cahaya boleh diasingkan kepada komponen gelombang berasingan dengan menggunakan peralatan khusus seperti prisma atau pelapis tertentu, dan mata manusia boleh melihat gelombang berasingan ini dalam bentuk pelbagai warna yang berbeza.
Melalui getaran gelombang inilah, setiap elemen kehidupan mendapatkan sumber tenaganya. Alam haiwan, ikan-ikan di lautan, tumbuhan seperti bijirin, buah-buahan dan sayuran merakam, menggunakan dan menyimpan bentuk tenaga ini. Malah pada tumbuhan, spektrum gelombang warna jelas dapat dikenal pasti berdasarkan warna yang tercetak padanya. Contohnya gelombang hijau terakam pada warna hijau daun, gelombang kuning pada warna kulit lemon, pisang dan mangga, gelombang jingga pada betik dan gelombang merah pada buah naga, tomato dan tembikai.
Tatkala manusia mengambil sumber-sumber makanan ini, secara tidak langsung sebenarnya kita sedang mengambil sejumlah tenaga warna yang telah tersedia disimpan pada sumber tersebut. Ini seterusnya membantu meningkatkan keperluan sistem bio-tenaga manusia yang terdiri dari chakra-chakra dan aura.
Kepentingan AURA AGRO
Melalui perbincangan di atas, pada fikiran saya keperluan untuk menilai aura agro dari pelbagai aspek perlulah diambil kira dalam usaha memajukan dan memakmurkan industri agro ini. Antaranya adalah:
- ASPEK TENAGA – Kesedaran kepentingan Aura Agro perlu didedahkan secara menyeluruh kerana ia merupakan ROH kepada kehidupan manusia itu sendiri. Bukan hanya hasil agro dilihat sebagai sumber pemakanan yang membekalkan kalori tenaga yang diperlukan oleh sistem manusia, ia juga merupakan sejumlah bekalan tenaga kehidupan alami atau tenaga bio yang terakam di dalamnya.
- ASPEK SEJARAH – Industri Agro merupakan industri yang tertua dalam sejarah tamadun manusia. Ia membangun bersama perkembangan pemikiran dan kehidupan manusia itu sendiri. Ia terus kekal dan telah menerajui pembangunan ekonomi kebanyakkan negara yang menjanakan Aura Agro sebagai hasil bumi negaranya. Malah industri ini juga membantu mematangkan pemikiran manusia dan menyatupadukan masyarakat manusia. Melalui industri agro, penempatan dan pembangunan terdiri, jalan-jalan yang menghubung terbina, industri pengangkutan dimajukan, industri pendidikan membangun dan evolusi tamadun manusia berkembang. Darinya manusia mencipta hidup kekeluargaan hingga terdirilah suatu negara.
- ASPEK TEKNOLOGI – Kemajuan tamadun dan sains telah menemui pelbagai teknologi dalam pembangunan industri agro. Dewasa ini Teknologi Bio merupakan fokus utama dalam pembangunan dan kemajuan yang diketengahkan dalam pelbagai aspek pertanian, penternakan, penghasilan benih, pemprosesan makanan, ubat dan sebagainya. Teknologi Bio atau Bio-Tech adalah pencapaian sains fizik yang membicarakan tentang tenaga hayat suatu unsur kehidupan. Ia tidak jauh bezanya dengan apa yang diperbincangkan mengenai aura, tenaga, cahatya dan sebagainya di atas tadi.
- ASPEK ALAM – Memajukan Aura Agro umpama mengekalkan fitrah dan kitaran alam. Manusia sebagai KHALIFAH alam perlulah menjalankan peranan yang besar bagi mengekalkan pelbagai kehidupan pada alam. Kemajuan sains teknologi haruslah diimbangi dengan mengambil langkah proaktif dalam mengekalkan kehidupan agro dan ekosistemnya. Permasalahan Pemanasan Global tidak sepatutnya timbul kiranya AURA AGRO telah diperkemaskinikan sejak dulu lagi.
- ASPEK KESIHATAN – Tumbuhan dan haiwan merupakan makhluk tenaga, seperti juga manusia; ia boleh terdedah kepada pencemaran radiasi tenaga dari perbagai peralatan elektronik dan elektrik ciptaan manusia. Peristiwa ternakan lebah di sebuah ladang di Eropah yang sesat dan tidak dapat kembali ke sarangnya akibat gangguan gelombang radio talifon bimbit perlulah dijadikan renungan. Akibatnya pengusaha Agro ini mengalami kerugian ribuan ringgit kerana kurangnya bekalan madu yang terhasil. Pencemaran radiasi boleh mengakibatkan mutu hasil Agro menurun yang seterusnya memendekkan jangka hayat atau daya tahannya. Malah jika pencemaran radiasi berlaku, kesan akhirnya tentulah kepada manusia yang menggunakan hasil Agro sebagai sumber makanan. Mungkin kerana faktor inilah, dewasa ini pelbagai jenis penyakit barah, kronik, stres mudah berlaku dan menyerang manusia tidak kira tua atau muda.
Aura Agro adalah “lapangan yang memfokuskan pemupukan benih usaha yang disemai”. Apa yang disemai hari ini akan menentukan bentuk hasilnya esok…..
Menghargai dan mewarna Aura Agro umpama sebuah ibadah. Terdapat banyak petunjuk yang jelas dalam Al-Furqan yang mengajak kita merenung dan berfikir akan amanah dan kepentingan sumber Agro. Antaranya firman Allah dalam ayatul Al-Baqarah ayat 205 yang bermaksud:
“Dan apabila ia berpaling (dari kamu), ia berjalan di bumi untuk mengadakan kerusakan padanya, dan merusak tanam-tanaman dan binatang ternak, dan Allah tidak menyukai kebinasaan”.(^)
Nota(^): Ungkapan ini adalah ibarat dari orang-orang yang berusaha menggoyangkan iman orang-orang mukmin dan selalu mengadakan pengacauan dan kerosakkan.
Juga dalam Surah Yunus ayat 24 yang bermaksud:
“Sesungguhnya perumpamaan kehidupan duniawi itu, adalah seperti air (hujan) yang Kami turunkan dari langit, lalu tumbuhlah dengan suburnya karena air itu tanam-tanaman bumi, di antaranya ada yang dimakan manusia dan binatang ternak. Hingga apabila bumi itu telah sempurna keindahannya, dan memakai (pula) perhiasannya,(^1) dan pemilik-pemiliknya mengira bahwa mereka pasti menguasainya,(^2) tiba-tiba datanglah kepadanya azab Kami di waktu malam atau siang, lalu Kami jadikan (tanaman tanamannya) laksana tanam-tanaman yang sudah disabit, seakan-akan belum pernah tumbuh kemarin. Demikianlah Kami menjelaskan tanda-tanda kekuasaan (Kami) kepada orang-orang yang berpikir”
Nota (^1): Maksudnya: bumi yang indah dengan gunung-gunung dan lembah-lembahnya telah menghijau dengan tanam-tanamannya.
Nota (^2): Maksudnya: dapat memetik hasilnya.
Peringatan Allah membantu kita menilai dan merenung usaha dan ikhtiar kita dalam memupuk benih usaha dalam lapangan ini.
Wallahualam.















