Rahsia Tarikh Lahir (Numerology)
Posted in Ilmu Nombor on October 24, 2008 by mastershifooGONG XI FA CHAI & RABIUL AWAL
Posted in IQBC sdn bhd, kata shifoo on February 10, 2010 by mastershifooIQBC SDN BHD mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU CINA untuk semua pelanggan yang meraikannya. Semoga tahun ini membawa KEBERKATAN dan KEMAKMURAN yang berpanjangan.
14 FEB 2010 adalah HARI PERMULAAN untuk tahun 4707 menurut kalendar Cina. Tahun ini 14 FEB bukan HARI KEKASIH, tapi HARI RAYA CINA.. Kehadiran TAHUN HARIMAU yang membawa SIMBOL KEKUATAN, KEBERANIAN dan KEKENTALAN dilihat sebagai PENYELAMAT di saat dunia ketandusan SEMANGAT JUANG untuk MENCIPTA KEJAYAAN, KEKAYAAN dan KEMAKMURAN. KEGAGAHAN HARIMAU atau nama khususnya GENG YIN bersatu bersama KEINDAHAN dan KELEMBUTAN yang menjadikannya IKON bagi MEREKA YANG MENGHAYATI ilmu simbolik ini. Di dalam kegagahan dan keberanian itu masih terserlah keindahan rupa dan kelembutan perilaku, ini menjadikan HARIMAU seumpama KESEIMBANGAN YANG dan YIN.
14 FEBUARI 2010 adalah hari akhir BULAN SAFAR 1431H iaitu 29 Safar, 1431H. Berakhirnya SAFAR bermakna RABIUL AWAL pun tiba!!. RABIUL AWAL bulan KEMAKMURAN & KERAHMATAN!! Bulan KELAHIRAN RASULULLAH.. (juga KEWAFATAN Baginda). Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah. Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka.. RABIUL AWAL menandakan KERAHMATAN itu mula BERBUNGA! Segala ikhtiar yang diusahakan sejak bulan-bulan haram iaitu ZulHijjah, ZulQaedah dan Muharram; mula menampakkan HASILNYA. Berbahagialah bagi mereka yang TELAH KUAT BERUSAHA dan PASRAH menanti REZEKI ALLAH, InsyaAllah – hasilnya akan muncul tak lama lagi. YAKINLAH…
Kehadiran RABIUL AWAL menandakan HARI MENGINGATI KEKASIH kita Baginda RASULULLAH. 1420 tahun yang lalu, HARI ISNIN di bulan Rabiul awwal itu… Baginda Muhammad MEMILIH BERTEMU ALLAH.
Tika tiba saat itu…
Muhammad mengulang-ulang SATU KATA-KATA yang seakan-akan baginda diberi pilihan lagi untuk kali terakhir.
Kata-kata tersebut;
“BAHKAN TEMAN SEJATI DI SYURGA… bahkan teman sejati di syurga..”
Baginda MEMILIH untuk TIDAK KEKAL HIDUP atau KEKAL HIDUP DAN BERHARTA, TETAPI BAGINDA MEMILIH UNTUK BERTEMU KEKASIHNYA.. ALLAH!!!
SELAMAT TAHUN BARU & SELAMAT MEMPERBAHARUI SEMANGAT ‘KASIH & CINTA’ RASUL!!!

ps: nantikan kemunculannya… WORKSHOP SEXUAL KUNGFU!!
Mir Amanda Syarmiel – Setahun sudah….
Posted in FAMILY on February 10, 2010 by mastershifooASSALAUMALAIKUM..
Pada 30hb Januari, 2010 yang lalu bersamaan 14 SAFAR 1431, Mir Amanda Syarmiel GENAB SETAHUN mengikut KALENDAR HIJRAH. Anak ke 4 saya ini lahir TEPAT PADA 9:29malam (NOMBOR CERMIN) pada 0902 2009 (NOMBOR CERMIN), dimana pada malam tersebut terjadinya GERHANA BULAN PANUMBRA pertama (dari 4 gerhana yang berlaku dalam tahun 2009).
Semalam 0902 2010, Mir Amanda menyambut hari lahirnya untuk KALENDAR MASIHI.
Setahun sudah berlalu, PERMATA HATI saya dan isteri ini dianugerahkan KESIHATAN dan KEBIJAKSANAAN yang baik. Hari-hari kami ceria dengan keletahnya. Amanda (a.k.a ‘anje’) sudah mula berlajar berlari dan melompat. Koleksi gigi susunya juga kian rancak ‘terbit’ ke alam. ‘Ramah’ tuturnya menghiburkan suasana dan lincah aksinya kekadang memenatkan.
Mir Amanda Syarmiel adalah anugerah DIA buat saya sekeluarga. Sebuah ‘kekayaan’ yang tiada nilai mata untuk dilabelkan. Saya menghayati anugerah kekayaan ini dan bersyukur akannya. Sungguh!, DIA maha TAHU apa yang saya mahu…



amin…

S7 – Dimensi baru PENYEMBUHAN NASMA AURA
Posted in IQBC sdn bhd, S7 on February 9, 2010 by mastershifooWorkshop & Pengijazahan Nur Reiki Salam 1431
Posted in IQBC sdn bhd, NUR REIKI SALAM on February 8, 2010 by mastershifoo
Assalamualaikum…
Sukacitanya dimaklumkan bahawa IQBC Sdn Bhd sekali lagi akan mengendalikan “WORKSHOP NUR REIKI SALAM” bagi siri ke 6 untuk tahun 1431 HIJRAH. Workshop EKSKLUSIF ini akan diadakan di PULAU LANGKAWI bermula pada 05hb MAC 2010 hingga 07hb MAC 2010 yang bersamaan dengan 19 RABIULAWAL 1431 hingga 21 RABIULAWAL 1431 Hijrah.

Siri WORKSHOP NUR REIKI SALAM (NRS) merupakan acara EKSKLUSIF yang mana hanya dijalankan SEKALI SETIAP TAHUN. Sesi ini telah bermula sejak 2005 lagi. Workshop serta PENGIJAZAHAN KHAS ini merupakan SESI PEMBELAJARAN REIKI VERSI SUFISTIK yang diilhamkan oleh saya hasil ijtihad dan pengalaman di dalam ILMU REIKI. Ia merupakan HADIAH untuk PECINTA ILMU REIKI serta mereka yang MENCARI KELAINAN DALAM ILMU REIKI serta istimewa buat mereka yang mencari REIKI SUFISTIK (ISLAMIK).
NUR REIKI SALAM mengfokuskan terhadap KEUNIKAN FFREKUENSI TENAGA yang diaplikasikan dalam sesi terapinya. Ia menggunakan ‘BAND ENERGY’ yang LUARBIASA serta HEBAT untuk menambah efek penyembuhan. TENTUNYA ia LEBIH TINGGI dari ‘band energy’ yang sedia ada di dalam USUI REIKI. Bagi mereka yang FAHAM & TAHU tentang ILMU REIKI, ‘band energy’ bagi NRS mengatasi KUALITI ENERGI REIKI yang lain.
NUR REIKI SALAM adalah wadah TEKNIK ber’embrio’kan REIKI SUFISTIK. Ia ‘ijtihad’ saya… ia cetusan saya sebagai pengamal Reiki yang memacunya secara spiritualiti. PESENYAWAANnya dengan konsep islamik adalah TERAS kekuatan ENERGI yang terhasil melalui pratisnya. Ia adalah SINTESIS SPIRITUALITI AGAMA dengan PRAKTIS REIKI. Ia terhasil dari pengalaman dan sejarah pengumulan intelektual dan spiritual yang panjang yang saya lalui. Ia lahir dari perkahwinan nalar dan intuisi.
Bagi yang berminat, hubungi IQBC Sdn Bhd segera. TEMPAT AMAT TERHAD. HANYA MEREKA YANG BENAR-BENAR BERMINAT dan PUNYA KEINGINAN YANG TINGGI sahaja diberi PELUANG untuk turut serta.
Salam Aura Kedamaian…

0102 – 2010 RAHSIA NOMBOR?
Posted in Ilmu Nombor, kata shifoo on February 1, 2010 by mastershifooSalam Aura Kedamaian..
Lama tak sempat nak menjengah ke pentas ini menjadikan ia sunyi dari catatan dan cerita. Banyak urusan yang timbul, masa dan tenaga yang terhad begitu membataskan penghasilan. Apa-apapun, saya tetap bersyukur dengan anugerah kekayaan ini.
HARI INI 01hb FEBUARI 2010, ditulis sebagai 01-02-20-10. Deretan angka yang tersusun cantik seumpama ada CERMIN di tengah-tengahnya. Oleh itu ada yang menggelarkan HARI INI SEBAGAI “TARIKH NOMBOR CERMIN“. Jika tahun 2009 yang lalu, tarikh cerminnya adalah PADA 09-02-20-09 (kehadiran angka 0 diabaikan) jatuh pada hari ISNIN 14 Safar 1430, (BULAN PURNAMA) hari berlakunya GERHANA BULAN PANUMBRA dan HARI KELAHIRAN MIR AMANDA SYARMIEL ; saat bersejarah dan hari istimewa buat saya. Menariknya TAHUN INI, TARIKH NOMBOR CERMIN ini MASIH berlaku pada HARI ISNIN. Lebih-lebih MENARIK, ianya MASIH BERLAKU di BULAN SAFAR sewaktu BULAN MASIH PURNAMA!!.
Biarpun tiada GERHANA di bulan SAFAR ini, namun SAFAR 1431 TETAP INDAH dan ISTIMEWA. Mengapa tidak, INI ADALAH PURNAMA PERTAMA SESUDAH 2 GERHANA iaitu GERHANA BULAN SEPARA (pada malam tahun baru 01012010) dan GERHANA MATAHARI ANALUS (pada 15012010) – KEDUANYA BERLAKU DI BULAN MUHARRAM 1431. Tentunya PURNAMA YANG HADIR SETELAH DUA KALI “MESEJ” GERHANA yang dilabuhkan oleh alam kepada sekelian penghuninya ini MENYIMPAN SUATU “RAHSIA BESAR”. Beruntunglah buat mereka yang PEKA dan TAHU (mahu ambil tahu dengan menggali ilmu-ilmuNya).
HARI INI – TARIKH NOMBOR CERMIN!! Cermin sifatnya MEMANTULKAN semula segala bentuk subjek yang berada dalam lingkungannya (hadapan). Ia menvisualkan REFLEK, tidak kurang dan tidak lebih. Apa yang ada, itulah refleknya. CERMIN tetap CERMIN, ia bukan SUBJEK - Ia hanya REFLEKSI DIRI. CERMIN tak berubah, subjek mungkin BERUBAH-UBAH.
CERMIN amat JUJUR. Tidak sembunyi apa yang diperlu direflekannya. Ia jujur ‘bercerita’ tentang subjek walaupun subjek sering tidak jujur terhadapnya. CERMIN terima dengan keterbukaan walaupun subjek mungkin tidak sering redha dengan ‘keadaan’ yang dilihat hasil reflek sang cermin. Subjek sering cuba menipu sang cermin, yang hakikatnya dia ‘menipu’ dirinya sendiri.
CERMIN begitu memotivasikan. Acapkali tatkala berhadapan dengan CERMIN, reflek subjek mampu memotivasikan subjek. Cermin membangkitkan ‘rasa’ ceria buat subjek, membangkitkan semangat dan begitu memotivasikan. Walau sering pada asalnya subjek tampil dengan dirinya yang ’sebenar’ @ ‘asli’, subjek sering TIDAK TERIMA kondisinya ini. Sukar untuk subjek menerima hakikat bahawa itulah dirinya.. seadanya. Apatah lagi tatkala memikirkan reaksi umum jika melihat keadaan ‘diri’ nya yang sebegitu. LALU, bertemankan sang cermin yang setia, reflek ‘asli’ ini DITUKAR menjadi reflek YANG BEGITU MEMOTIVASIKAN diri subjek. Dari yang ASLI menjadi yang ‘DIRI’ ciptaan subjek yang mahu dipertontonkan pada diri sendiri dan alam. Reflek ‘Diri’ yang mampu ‘menutup rahsia’ yang dirasakan perlu ditutup agar apa yang ‘nampak’ adalah KEINDAHAN. Cermin MEMANG HEBAT!! Cermin mampu mentransformasikan diri yang ‘kalah’ MENJADI DIRI YANG ‘MENANG’. Tanpa CERMIN, tentunya ‘RASA MENANG’ sukar ‘dilihat’ oleh diri, hatta susahlah untuk menghasilkannya.
CERMIN 2010 yakni SETAHUN tersimpan KUNCINYA pada TARIKH 0102. Apa yang MAHU DILIHAT (didoakan @ diharap) berlaku TAHUN 2010 ini, SEOLAH-OLAH ‘TERPANTUL’ (reflek) PADA HARI INI. Jika BAHAGIA, AMAN, TENANG dan SELESA hari ini, maka InsyaAllah itulah refleknya untuk sepanjang tahun 2010. Jika IMAN, AMAL & TAQWA berada pada tahap selamat, seolah-olah selamatlah ia sepanjang tahun 2010 ini. LALU, JIKA KEADAAN ADALAH SEBALIKNYA… FIKIRKANLAH SENDIRI PETUNJUKNYA!!
Lalu, apa ini untuk kita?? TILIK NASIB?? RAHSIA NOMBOR?? KURAFAT??? CERMIN TETAP CERMIN.. ia BUKAN SUBJEK. Jika nak PERCAYA (SUBJEK).. PERCAYALAH (CERMIN) DAN BEGITULAH SEBALIKNYA. Jika RASA MALANG (SUBJEK).. hatta MALANGLAH (CERMIN) jawapannya. Jika RASA HEBAT (SUBJEK).. maka HEBATLAH (CERMIN) jawapannya. Cermin TETAP CERMIN umpama PETA TETAP PETA. ANDA ADALAH APA YANG ANDA RASAKAN (@ FIKIRKAN) ….
SUATU YANG PENTING untuk difikirkan.. jika TARIKH CERMIN bukan kebetulan, TAPI suatu KEBETULAN YANG PERLU DIRENUNG-RENUNGKAN HIKMAHNYA; maka jika SUBJEK BERSUNGGUH-SUNGGUH BERDOA HARI INI, MAKA ‘BESAR KEMUNGKINAN & KEBARANGKALIAN’ REFLEKNYA (SEPANJANG 2010) AKAN MEMBUAHKAN ‘HASIL’ YANG DIHARAPKAN.
Jika SUBJEK BERSUNGGUH-SUNGGUH “BERUBAH” (TRANSFORMASI HIJRAH DIRI) & BERDOA HARI INI, MAKA ‘BESAR KEMUNGKINAN & KEBARANGKALIAN’ REFLEKNYA (SEPANJANG 2010) AKAN MEMBUAHKAN ‘HASIL’ YANG DIHAJATKAN!!!
Jika SUBJEK BENAR-BENAR MAHU @ BERANI ‘MELIHAT DIRINYA’ (YANG ASLI @ FITRAH DIRI) SERTA ‘DIRI’ YANG DIA MAHU ‘DILIHAT’ OLEH PENCIPTANYA, maka INILAH KETIKANYA UNTUK DIA PERTONTONKAN (MULAKAN @ PERGIATKAN) AGAR ‘REFLEK’ ITU TERUS ASLI & FITRAH MENGIKUT SUNNATULLAH. Jika giat dan AZAMnya HEBAT hari ini, MAKA ‘BESAR KEMUNGKINAN & KEBARANGKALIAN’ REFLEKNYA (SEPANJANG 2010) AKAN MEMBUAHKAN ‘HASIL’ YANG SIGNIFIKAN!!!
Hari ini seperti HARI HARI SEMALAM.. PENUH DENGAN KEAJAIBAN YANG TERSENDIRI. Hanya yang MAHU, PEKA dan BERFIKIR TENTANG “DIA” akan MELIHAT “DIA” dimana-mana…
“Wahai orang-orang yang berfikir…..”
Terima DOA kami ya Allah!!

PS: Teringat CERITA GURU; Sang BULAN umpama CERMIN. Tiada CAHAYA darinya.. hanya debu PASIR namun MAMPU MEMANTULKAN (REFLEKSIKAN) CAHAYA Sang Matahari. Pun begitu hanya REFLEK CAHAYA bukan REFLEK HABA-NYA. CAHAYA itu amat menyenangkan, mengasyikkan dan merawat jiwa-jiwa. Ia menyuluh ‘malam’ yang gelab, memberi ‘petunjuk’ dari kebutaan yang panjang. CAHAYA BULAN mampu diTATAP MATA & JIWA, tidak memedihkan tidak memudaratkan (cubalah tatap sang matahari kalau berani!! ada berani??!!). Pun bulan BUKAN matahari… kerana yang pasti tanpa MATAHARI, bulan hilang cahayanya.
Muhammad (saw) umpama BULAN.. SINAR CAHAYANYA disebut sebagai NUR MUHAMMAD. Muhammad (saw) bukan NUR ALLAH… walau REFLEKNYA cukup membantu kita untuk tahu akan ADANYA NUR ALLAH. Nur Muhammad mampu ditatap… dirasai keindahannya.. dijiwai dan dihayati, hatta ia cuma BARU SEBAHAGIAN dari SUMBERNYA yakni NUR ALLAH itu sendiri..
Wallahualam…
Reiki R&R Newyear Special 2010 – Sungguh Istimewa!!
Posted in IQBC sdn bhd, REIKI RETREAT & RECHARGE on January 4, 2010 by mastershifooTiada kata yang dapat disusun di sini untuk menggambarkan pengalaman saya bersama dengan hadirin yang hadir. Sesuatu yang SUNGGUH ISTIMEWA.
Banyak sejarah dan pengalaman telah terlakar dari suatu SESI YANG ‘SIMPLE’ namun PENUH ‘MAGICAL’ ini. Banyak ‘RASA’ yang berlagu pada malam tersebut.. dari rasa insaf, sedih, RINDU, sayu, hiba, sayang, cinta, kasih, syahdu, bangga, gembira, ceria, tawa, hiba, harapan, impian, hening, pilu, TAKUT, risau, gundah, resah, berharap, merayu, semangat, letih, sakit lutut, lenguh pinggang, segar, berstamina, penuh adrenalin, sesak seratonin, asyik norepinephrine, kental, bugar dan sebagainya.. Tempoh 4 JAM yang telah mengaktifkan pelbagai hormon, deria dan rasa dalam pelbagai ‘mood’ dan suasana.
TERIMA KASIH SEMUA…
Ya Allah.. Syukran ya Yallah.. Semoga kau terima HARAPAN dan IMPIAN kami ini ya Allah. Terima DOA kami ya Allah!!

KALAM ALLAHUAKBAR (dan RAHSIA KEKUNCI METAMATIKANYA di dalam SOLAT)
Posted in Ilmu Nombor, Tazkiroh, kata shifoo on January 4, 2010 by mastershifooSalam Aura Kedamaian
Kalam ALLAHUAKBAR adalah kalam TAKBIR. Kita memulakan solat dengan TAKBIRATUL IHRAM.
Diriwayatkan daripada ali R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, “Kunci solat adalah bersuci, dimana solat itu diawali dengan takbiratul ihram dan diakhiri dengan salam.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Nasai’e dan Abu Daud)
Gerakerja takbiratul ihram ini adalah RUKUN dalam solat. Tanpanya (posisi takbir dan sebutan perkataan ‘Allahuakbar’) solat seseorang tidak sah. Posisi ini umpama ‘penghubung’ antara proses SET-UP (niat dan berdiri betul) dan TUNE-IN (memasuki mod kosentrasi / fokus / kusyuk – memulakan bacaan-bacaan & pergerakkan dalam solat). Peralihan fasa penuh kesedaran ke fasa bawah sedar akan berlaku perlahan-lahan tatkala gelombang otak beransur turun dari beta ke alfa. Kesannya lafaz ALLAHUAKBAR yang bererti ALLAH MAHA BESAR ini terpahat pada jiwa secara halus dan penuh kepasrahan.
Kekuatan fikiran bawah sedar melalui affirmasi (contohnya: lafaz takbir allahuakbar), adalah sebuah energi hebat yang umpama pilot dalam diri kita. Aplikasi energi ini melalui pemprograman diri dengan mengingati & menghayati KEBESARAN ALLAH melalui kalam Allahuakbar akan mengisikan sanubari kita dengan KEKUATAN & KEBESARAN seterusnya membakarkan semangat untuk berjuang. Ini seterusnya meningkatkan fasa kecerdasan spiritualiti kita. Dengan kesedaran yang penuh bahawa manusia memiliki sifat maha besar yang dipinjamkan Allah tersebut, sebuah kekuatan & semangat yang dashyat akan mengalir ke segenap sistem energi tubuh. Melalui kekuatan yang berlandaskan pada iman tersebut, akan tercetuslah eksistensi manusia yang bernilai tinggi. IMAN yang telah mengetuk kesedaran jati diri sebagai hamba yang sekaligus juga merupakan khalifah Allah dengan sifat yang Maha Besar ini akan mencipta CITA-CITA yang besar untuk SUKSES.
Sukses bukan hanya milik oleh yang bijak-pandai atau tinggi IQnya. Ia juga tidak ditentukan oleh nasib. Sukses ditentukan oleh besar-tidaknya KEYAKINAN kita pada kuasa yang Maha Besar untuk meraih kemenangan itu. Jika bulat hati kita yakin akan memperolehi KEBESARAN seperti yakinnya kita dengan kalam Allahuakbar; maka DIA YANG MAHA BESAR akan ‘membesarkan’ & memperkasakan nilai hidup kita. Maka, kita sebenarnya layak untuk kehidupan yang lebih berjaya, lebih hebat melalui kejayaan yang lebih besar.
Ingatlah, ALLAHUAKBAR (Allah Yang Maha Besar) telah menciptakan hati kita dengan sedemikian besar (dengan impian & harapan) serta sempurna. Maka, isikan ia selalu dengan rasa kekuatan & kebesaran itu. Dorong dan latih terus energi itu, didik diri kita dengan ucapan “ALLAHUAKBAR” setiap hari hingga kita benar-benar obsess untuk berhasil. Ikuti suara hati Sang Maha Besar itu.
RAHSIA METAMATIKA KALAM ALLAHUAKBAR
Kalam Allahuakbar terbina (dalam huruf arab) dari 8 huruf iaitu; Alif, Lam, Lam, Ha, Alif, Kaf, Ba & Ra. Nilai gematrikal (nilai berangka yang ditugaskan kepada huruf) untuk Alif adalah 1, nilai huruf Lam adalah 30, nilai huruf Ha adalah 5, nilai huruf Kaf adalah 20, nilai huruf Ba adalah 2 manakala nilai huruf Ra adalah 200. Nilai gematrikal keseluruhan (dicampurkan kesemua nilai gematrikal huruf-huruf yang terbina pada kalam Allahuakbar) adalah 289. Seterusnya nilai 289 ini dikecilkan; 2+8+9 = 19. Seterusnya jika dikecilkan lagi; 1+9 = 1.
Maka, ringkasnya – kalam ALLAHUAKHBAR memiliki nilai 289 >> 19 >> 1
NILAI 19 umpama SEBUAH FENOMENA RAHSIA NOMBOR & METAMATIKA di dalam ALQURAN. Contoh yang paling JELAS adalah SUSUNAN 19 HURUF yang mendirikan ayat PERTAMA di dalam susunan ALQURAN iaitu “BISMILLAHIRRAHMAN NIRRAHEEM”. Ayat ini merupakan ayat 1 bagi surah AL-FATIHAH (UMMUL AL-QURAN). Tanpanya gugurlah surah, yang seterusnya bakal membatalkan ibadah.
KALAM BISMILLAH ADALAH AYAT PERTAMA (dalam susunan al Quran) terbina dari 19 HURUF (19 >> 1) . Manakala KALAM ALLAHUAKBAR (miskipun tidak terbina dari 19 huruf) MEMILIKI NILAI gematrikal (nilai berangka yang ditugaskan kepada huruf) 289 >> 19 >> 1.
Al-Fatihah mengawali SURAH-SURAH, dan ia di awali dengan BISMILLAH.
ALLAHUAKBAR mengawali laungan AZAN, qamad, TAKBIR RAYA, KHUTBAH RAYA dan TAKBIRATUL IHRAM. Ia juga MENGAWALI PERGERAKAN-PERGERAKAN (peralihan posisi) DI DALAM SOLAT.
KEKUNCI METAMATIKA KALAM ALLAHUAKBAR DI DALAM SOLAT
Sebelum MULA SOLAT, kita sebut ALLAHUAKBAR (Takbiratul Ihram)
Sebelum RUKU, kita sebut ALLAHUAKBAR
Sebelum SUJUD, kita sebut ALLAHUAKBAR
Sebelum duduk antara dua sujud, kita sebut ALLAHUAKBAR
Sebelum SUJUD ke 2, kita sebut ALLAHUAKBAR
dan SEBELUM DUDUK TAHAYAT AWAL atau AKHIR, kita sebut ALLAHUAKBAR
Makanya ada 5 TAKBIR ALLAHUAKBAR dalam SATU RAKAAT yang tiada tahayat. Manakala bagi rakaat yang ada tahayat awal atau akhir jumlah TAKBIR ALLAHUAKBAR ada 6.
SOLAT FARDHU
Seharian kita SOLAT FARDHU 5 KALI SEHARI SEMALAM. Ia terbina dengan 17 RAKAAT. Maka, bacaan takbir ALLAHUAKBAR secara keseluruhannya adalah:
SUBUH >> 2 rakaat (ada 1 tahayat) >> 5 + 6 = 11
ZUHUR >> 4 rakaat (ada 2 tahayat) >> 5 + 6 + 5 + 6 = 22
ASAR >> 4 rakaat (ada 2 tahayat) >> 5 + 6 + 5 + 6 = 22
MAGHRIB >> 3 rakaat (ada 2 tahayat) >> 5 + 6 + 6 = 17
ISYA’ >> 4 rakaat (ada 2 tahayat) >> 5 + 6 + 5 + 6 = 22
JUMLAH BESAR >>> 11 + 22 + 22 + 17 + 22 = 94
SOLAT SUNAT RAWATIB
Selain SOLAT FARDHU, kita juga dituntut (digalakan) untuk melakukan SOLAT SUNAT TATHAWWU atau SUNAT RAWATIB, iaitu solat yang mengiringi (sebelum atau sesudah) solat fardhu. Ada 7 solat sunat yang digalakkan iaitu:
SEBELUM SUBUH >> 2 Rakaat (1tahayat) >> 5 + 6 = 11
SEBELUM ZUHUR >> 2 Rakaat (1tahayat) >> 5 + 6 = 11
SELEPAS ZUHUR >> 2 Rakaat (1tahayat) >> 5 + 6 = 11
SEBELUM ASAR >> 2 Rakaat (1tahayat) >> 5 + 6 = 11
SELEPAS MAGHRIB >> 2 Rakaat (1tahayat) >> 5 + 6 = 11
SEBELUM ISYA’ >> 2 Rakaat (1tahayat) >> 5 + 6 = 11
SELEPAS ISYA’ >> 2 Rakaat (1tahayat) >> 5 + 6 = 11
JUMLAH BESAR >> 11 X 7 = 77
JIKA DIJUMLAH KESEMUA BILANGAN BAGI 5 SOLAT FARDHU dan 7 SOLAT SUNAT di atas, JUMLAHNYA ADALAH >> 94 + 77 = 171
(JUMLAH 171 ADALAH BERSAMAAN DENGAN 19 x 9 !!)
(fakta: angka 19 digunakan sebagai pembahagi)
BUKANKAH ANGKA 9 ADALAH JUMLAH BILANGAN SYAHADAH YANG DIUCAPKAN SEHARI-SEMALAM DI DALAM 17 RAKAAT SOLAT??
Fikir-fikirkan dan renung-renungkan…
Salam Aura KEBESARAN untuk semua…

2010 – Sebuah Petunjuk RAHSIA NOMBOR??
Posted in HUWA, Ilmu Nombor, Tazkiroh, kata shifoo on January 2, 2010 by mastershifooAssalamualaikum… Salam Aura Kedamaian.
Saat ini saya tidak pasti apakah semua ini perlu dicatatkan di pentas ini. Saya tak tahu sama ada saya mampu mencatatkannya dengan betul agar maksudnya difahami. Saya juga belum jelas bagaimana mahu menyusun segala fakta yang bermain di minda agar teratur elok di pentas ini. Ya Allah.. santunkanlah aku.
Semalam kita menyambut TAHUN BARU 2010. Berikut adalah beberapa fakta mengenai TAHUN BARU 2010:
A. Hari akhir tahun 2009 jatuh pada HARI KHAMIS 31/12/2009 – hari Khamis adalah hari ke 5 dalam susunan 7 hari seminggu.
(info tambahan: AWAL TAHUN 2009 dahulu iaitu 01/01/2009 jatuh pada HARI KHAMIS, iaitu hari ke 5 dalam seminggu)
(info tambahan: Hari AKHIR 1430H iaitu 30 Zulhijjah 1430H JUGA jatuh pada hari KHAMIS bersamaan 17/12/2009 – Khamis adalah hari ke 5 dalam seminggu))
B. Hari permulaan 2010 jatuh pada HARI JUMAAT 01/01/2010 – hari Jumaat adalah hari ke 6 dalam seminggu. Jumaat juga adalah PENGHULU HARI.
(info tambahan: hari permulaan 1431 Hijrah iaitu 01 Muharam 1431H jatuh pada hari JUMAAT bersamaan 18/12/2009 – Jumaat adalah hari ke 6 dalam seminggu)
Antara kelebihan hari Khamis & Jumaat adalah:
- Disunatkan berpuasa – Khamis
- Disunatkan bermesra antara suami & isteri – Khamis
- Rasullullah masuk ke Kota Mekah – Khamis
- Nabi Musa masuk ke Mesir – Khamis
- Hari yang Terbaik untuk berdoa – Khamis (malam) & Jumaat (siang)
- Solat Jumaat & Khutbah Jumaat
- Pernikahan Nabi Adam dgn Siti Hawa – Jumaat
- Pernikahan Nabi Yusuf dgn Zulaikha – Jumaat
- Pernikahan Nabi Musa dgn Shafrawa – Jumaat
- Pernikahan Nabi Muhammad dgn Siti Khadijah – Jumaat
- Pernikahan Nabi Muhammad dgn Siti Aisyah – Jumaat
- Pernikahan Sayyidina Ali dgn Fatimah Azzahra – Jumaat
FAKTA-FAKTA RAHSIA NOMBOR TAHUN BARU 2010 YANG PERLU DIRENUNGKAN (ADAKAH IA SEBUAH PETUNJUK ALLAH?):
1. Tahun HIJRAH 1430H dan MASIHI 2009 berakhir pada hari ke 5 iaitu KHAMIS. Tahun BARU 1431 HIJRAH dan 2010 MASIHI keduanya jatuh pada hari ke 6 iaitu JUMAAT (Penguhulu hari). Adakah ini suatu kebetulan? Atau mungkin suatu PERTUNJUK! Selain hikmah atau keberkatan hari Khamis dan Jumaat, apa maksud 5 dan 6 yang muncul 2 kali tersebut? Apa yang 5 dan apa yang 6??
Berikut adalah pandangan dan pendapat peribadi saya:
a. Angka 5 mengingatkan kita kepada RUKUN ISLAM yang ada 5 perkara – Rukun ISLAM adalah TIANG AGAMA, asas kepada setiap MUSLIM untuk mencapai kegemilangan dalam agama Islam.
b. Angka 6 mengingatkan kita tentang RUKUN IMAN yang ada 6 perkara – Rukun IMAN adalah ASAS KEIMANAN seseorang MUSLIM.
(info tambahan: Perkara pokok dalam Rukun Islam adalah kalimah syahadah iaitu LAILLAHA ILLALLAH. Dalam ilmu huruf arab, jumlah nilai huruf-huruf iaitu nilai gemetrikal (nilai yang ditugaskan kepada sesuatu huruf) bagi KALIMAH “LAILLAHA ILLALLAH” ini adalah 165 seumpama 1 agama 6 rukun iman & 5 rukun Islamnya).
c. Tatkala meneliti di dalam Al-Quran, Surah ke 5 iaitu Al-Ma’idah ayat 6 :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلَاةِ فَاغْسِلُوا وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُوا بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى الْكَعْبَيْنِ وَإِنْ كُنْتُمْ جُنُبًا فَاطَّهَّرُوا وَإِنْ كُنْتُمْ مَرْضَى أَوْ عَلَى سَفَرٍ أَوْ جَاءَ أَحَدٌ مِنْكُمْ مِنَ الْغَائِطِ أَوْ لَامَسْتُمُ النِّسَاءَ فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا فَامْسَحُوا بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُمْ مِنْهُ مَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيَجْعَلَ عَلَيْكُمْ مِنْ حَرَجٍ وَلَكِنْ يُرِيدُ لِيُطَهِّرَكُمْ وَلِيُتِمَّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
“Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat, maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai dengan siku, dan sapulah kepalamu dan (basuh) kakimu sampai dengan kedua mata kaki, dan jika kamu junub maka mandilah, dan jika kamu sakit(1) atau dalam perjalanan atau kembali dari tempat buang air (kakus) atau menyentuh(2) perempuan, lalu kamu tidak memperoleh air, maka bertayammumlah dengan tanah yang baik (bersih); sapulah mukamu dan tanganmu dengan tanah itu. Allah tidak hendak menyulitkan kamu, tetapi Dia hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan ni’mat-Nya bagimu, supaya kamu bersyukur. “
[1] Maksudnya: sakit yang tidak boleh kena air.
[2] Artinya: menyentuh. Menurut jumhur ialah: “menyentuh” sedang sebagian mufassirin ialah: “menyetubuhi”.
Jika diteliti pada ayat ini, Allah menyentuh tentang :
- Orang beriman – yakni mestilah orang Islam yang beriman yang berpegang teguh kepada Rukun Islam yang 5 dan Rukun Iman yang 6.
- SOLAT – kita sedia maklum bahawa solat adalah salah satu RUKUN ISLAM yang 5. Kita juga AMAT MAKLUM BAHAWA JUMLAH SOLAT SEHARI SEMALAM ADALAH 5 KALI.
- ANGGOTA WUDU’ – dalam ayat di atas, Allah menyebut anggota-anggota wudu’ >> MUKA, TANGAN (kita ada 2 tangan), KEPALA dan KAKI (kira ada 2 kaki). Jika dijumlahkan 1+2+1+2 = 6.
d. Di dalam SOLAT, kita akan mengucapkan KALAM TAKBIR ALLAHUAKBAR berulang-ulang beberapa kali iaitu:
- Sebelum MULA SOLAT, kita sebut ALLAHUAKBAR (Takbiratul Ihram)
- Sebelum RUKU, kita sebut ALLAHUAKBAR
- Sebelum SUJUD, kita sebut ALLAHUAKBAR
- Sebelum duduk antara dua sujud, kita sebut ALLAHUAKBAR
- Sebelum SUJUD ke 2, kita sebut ALLAHUAKBAR
- dan SEBELUM DUDUK TAHAYAT AWAL atau AKHIR, kita sebut ALLAHUAKBAR
Makanya ada 5 TAKBIR ALLAHUAKBAR dalam SATU RAKAAT yang tiada tahayat. Manakala bagi rakaat yang ada tahayat awal atau akhir jumlah TAKBIR ALLAHUAKBAR ada 6.
Contohnya pada solat SUBUH >> 2 rakaat (ada 1 tahayat) >> 5 & 6
e. Hari ke 5 adalah Khamis, manakala hari ke 6 adalah Jumaat. Mengikut KALENDAR HIJRAH, bulan ke 5 adalah bulan Jamadil Awal & bulan ke 6 adalah Jamadil Akhir. Jamadil berasal dari kata arab ‘Jamad’ yang bermaksud mengeras atau membeku. Sifat MENGERAS @ KERAS (jamad) menggambarkan kekuatan. Elemen paling keras pada bumi adalah LOGAM atau besi. Dalam surah 57 Al-Hadiid ayat ke 25; Allah menceritakan tentang kejadian BESI. Al-Hadiid bermaksud besi, dalam ejaan huruf arabnya adalah ‘Haa Dal Ya Dal’ dan jumlah nilai gematrikal huruf-huruf arab ‘Hadiid’ adalah 26. Dalam ilmu FIZIK, 26 adalah nilai atom besi yang merupakan jumlah elektron yang mengelilingi nukleus yang memiliki sejumlah 26 proton & 30 neutron padanya. Walaupun bilangan proton yang menentukan JENIS sesuatu elemen dan jumlah neutron menentukan kualitinya, BESI memiliki isotope yang paling stabil pada kehadiran 30 neutron. Lalu besi juga dikenali sebagai “56Fe”. Menariknya dalam susunan huruf roman, huruf ke 6 adalah ‘F’ dan ke 5 adalah ‘E’ @ Fe – Besi.
f. Pada SPEKTRUM WARNA PELANGI terdapat 7 warna. Warna-warna ini merupakan SUMBER TENAGA (yang boleh dilihat) dari sistem solar matahari yang diperlukan oleh makhluk-makhluk hidup seperti tumbuhan, haiwan dan manusia sendiri. Setiap satu warna memiliki ukuran gelombangnya tersendiri. Dalam susunan (tingkatan) warna pelangi, warna merah memiliki gelombang yang paling tinggi manakala warna violet adalah yang paling rendah. Dari susunan tinggi ke rendah, warna ke 5 adalah warna BIRU manakala warna ke 6 adalah warna BIRU NILA (INDIGO). Keduanya dari keluarga warna yang sama iaitu warna BIRU, malah keduanya adalah dalam keluarga warna bersifat sejuk.
g. Pada sistem tenaga hayat manusia, PUSAT TENAGA dikenali sebagai CHAKRA. Chakra juga dikenali sebagai LATA’IF atau tingkatan, ia juga digelar MAKAM atau TEMPAT TENAGA. Terdapat 7 CHAKRA utama pada sistem bio-energi manusia.
Chakra ke 5 adalah ‘Throat Chakra’ iaitu di bahagian leher manakala chakra ke 6 adalah ‘Forehead Chakra’ iaitu pada bahagian dahi manusia. Sebagai renungan, berikut adalah fakta-fakta penting yang berkaitan tentang kedua chakra ini:
CHAKRA KE 5 : THROAT CHAKRA – CHAKRA KOMUNIKASI
Berwarna biru menggambarkan sifatnya yang sejuk, segar dan alam – langit & air yang memenuhi alam. Air sifatnya suci dan membersihkan menguasai 70% bahagian bumi. Air sifatnya mengalir menghubungkan (daratan) lantaran itu ia bersifat penghubung atau hubungan. Kerana itulah kedudukan chakra ini adalah pada leher yang menghubungkan kepala dan badan, otak dan seluruh organ lain, pancaindera dan anggota robotik tubuh. Padanya juga terdapat kerongkong sebagai salur keluar masuk udara/oksigen & makanan/minuman; 2 unsur penting untuk hidup. Padanya juga terdapat peti-suara yang menjana getaran bunyi untuk manghasilkan komunikasi. Melalui komunikasi, manusia dapat berinteraksi lalu terbinalah perhubungan. Terdapat 2 jenis perhubungan iaitu komunikasi luaran – hubungan sesama manusia /alam dan komunikasi dalaman – hubungan kerohanian/ketuhanan. (Habluminannas Habluminallah)
CHAKRA ke 6 : CHAKRA AJNA @ FOREHEAD CHAKRA
Berwarna indigo (keluarga biru – biru nila) juga membawa sifat yang segar, sejuk, tenang dan kedamaian. Merupakan pusat tenaga untuk sistem deria mata, telinga & hidung yang menjadi antenna perhubungan dengan dunia luar. Melaluinyalah berbagai input dalam pelbagai gelombang (cahaya, bunyi & bau) dapat ditafsir oleh otak dan dari input inilah, pemikiran atau penganalisaan otak terbentuk yang membina kebijaksanaan minda & roh. Pembentukkan ILMU akan melalui proses ini dan terjana di sini. Ia juga merupakan chakra yang teratas berada di DALAM tubuh (Crown Chakra – di luar) menjadikannya yang utama dalam pemprosesan data-data dari pancaindera dan dari chakra luar (crown chakra – data input alam rohaniah / Yang Maha Pencipta).
Di sinilah titik ‘FOREHEAD’ atau ‘Septum Pellucidum’ (Joy Centre) yang disebut dalam Al-Quran sebagai ‘Naashiyyah’ (ubun-ubun). Dalam Tafsir Yusof Ali, Naashiyyah juga bermaksud ‘fore-lock’ (dahi), maka jika kedua titik ini iaitu ubun-ubun dan dahi ditemukan, hadirlah titik Chakra Ajna (lihat rajah).
Firman Allah yang bermaksud; “Ketahuilah, sesungguhnya jika dia tidak berhenti, Nescaya Kami tarik ubun-ubunnya” – Surah Al’Alaq; 15 (surah yang ke 96 @ 9+6=15 @ 6). Ayat 1 – 5 (5 ayat) merupakan WAHYU pertama yang turun untuk Rasul di Gua Hira’. Al’Alaq bermaksud “Segumpal Darah” (Otak??) – asal kejadian manusia. Antara isi surah ini adalah perintah arahan IQRA’ atau BACA sebagai KUNCI ILMU PENGETAHUAN (untuk aktiviti minda @ otak).
Renungkanlah.. arahan Allah yang pertama melalui ‘pengalaman pertama Rasul’ bertemu, melihat cahaya & mendengar suara Jibril (melalui mata & telinga) seterusnya diajar cahaya ILMU (pada minda) Rasul untuk “membaca dengan nama Tuhan Yang menciptakan”; semuanya menceritakan lokasi/titik Chakra ke 6 ini. Malah pada ayat 15 (1+5=6 @ chakra ke 6) disebutkan ‘Naashiyyah’ @ ubun-ubun dan dalam ayat akhir pada surah ini Allah berpesan: “SUJUDlah dan dekatkanlah (diri kepada Tuhan)” – Surah Al-Alaq : 19 – melengkapkan gambaran perihal titik Naashiyyah ini di mana ia juga merupakan anggota SUJUD dalam solat 5 kali sehari. Dengan melakukan posisi sujud ini, Chakra Ajna akan terjana dengan maksimum (malah seluruh darah dapat dialirkan ke otak) dan kesannya ia menyerlahkan sifat hamba pada diri terhadap Penciptanya dan membuatkan diri rasa ‘dekat’ pada Tuhannya.
h. Adalah tidak lengkap apabila menyentuh tentang sistem chakra sebagai salah satu sistem bio-energi (tenaga hayat) manusia, tanpa membicarakan pula perihal aura sebagai medan elektromagnatik yang terhasil dari tindak-balas chakra-chakra. Lapisan aura ada di sekeliling tubuh dan ia dikatakan memiliki 7 lapisan (seumpama 7 lapisan langit bagi bumi).
Lapisan aura yang ke 5 dikenali sebagai Lapisan Tubuh Eterik Tinggi manakala lapisan aura ke 6 dikenali sebagai Lapisan Tubuh Mental Tinggi (tinggi – hebat, atas, penting dll). Antara fungsinya pula adalah seperti berikut:
Lapisan ke 5 – Lapisan Tubuh Eterik Tinggi >> Lapisan yang berkait rapat dengan lapisan eterik tingkat pertama yang menceritakan perihal kesihatan tubuh fizikal. Namun pada lapisan ini tenaga bergetar pada tingkatan yang lebih tinggi bersamaan dengan getaran gelombang bunyi. Bagi mengimbangi kesihatan lapisan eterik pertama, lapisan eterik tinggi ini memerlukan getaran tenaga bunyi seperti ‘mantra’ atau zikir / doa. (ya HU).
Lapisan ke 6 – Lapisan Tubuh Mental Tinggi >> Tenaga bergetar pada frekuensi yang lebih tinggi yang berkait rapat pada sistem gerakrasa, firasat, ilham, ‘superconcious’ dan intelektual manusia. Lapisan ini juga merupakan magnet luaran yang berinteraksi dengan tenaga kosmik alam yang membekalan sumber ilmu, fikiran, idea dan sebagainya yang telah ALLAH sediakan untuk sekelian hambaNya.
i. Secara ILMU HURUF, setiap huruf memiliki NILAI GEMATRIKAL (nilai yang ditugaskan). Nilai huruf (dalam ilmu huruf arab) yang memiliki NILAI GEMATRIKAL 5 adalah HURUF HA manakala yang memiliki NILAI GEMATRIKAL 6 adalah WAU. Jika kedua huruf ini disusun bersama, HURUF HA dan WAU akan membentuk PERKATAAN “HUWA”.
(info tambahan: Dari susunan numerology huruf romani pula, huruf ke 5 adalah ‘E’ dan ke 6 adalah ‘F’. ‘EF’ dalam ilmu fizik adalah singkatan pada ‘Energy Field’ @ medan tenaga)
HA & WAU = HUWA (atau sebutan lainnya “HU”) dalam bahasa arab bermaksud Dia. Ia merupakan kata ganti nama ketiga merujuk kepada seseorang. DIA di sini boleh dirujuk kepada Yang Maha PENCIPTA. HUWA AWAL (DIA yang awal) & HUWA AKHIR (DIA yang akhir). Ia juga sebagai Hukum Penafian pada diri, segalanya HAK DIA – siang milikNya, malam milikNya dan lain-lain.
Pada LOGO IQBC Sdn Bhd, ada terdapat 2 “HUWA”. HUWA Putih pada b/ground Hitam – Dalam kegelapan ada DIA yang memberi NUR (cahaya) sebagai Qudrah (energi) HUWA Hitam pada b/ground Putih – Dalam kesenangan PERLU ada kekuatan jiwa pada DIA sebagai penganugerah NIKMAT dan Qudrah (energi). Huruf HUWA juga seumpama:
- ZIKIR NAFAS – Allah “HU”… (hembusan nafas melalui mulut dengan menghasilkan bunyi nipis “Huuu…”
- PADA TIAP HEMBUSAN NAFAS, HATI PERLU MENGINGATI DIA
- MENCETUSKAN RASA RENDAH HATI SETERUSNYA MELATIH DIRI AGAR SENTIASA BERHARAP PADA DIA
- BERTINDAK SECARA AUTO (secara Subliminal Message) BAGI MINDA SEPARA SEDAR agar setiap yang dilihat, dirasa, didengar dan segalanya adalah dari DIA, kerana DIA dan menuju kembali kepada DIA.
(info tambahan: atas alasan inilah, logo ini digunakan juga diperlbagaikan aplikasinya pada logo pakaian, ’shawl’, ‘collar pin’, ’sticker’, car sticker’ dan sebagainya lagi. Dengan LEBIH KERAP MELIHATNYA – BAKAL MENGUATKAN “INGATAN” MINDA TERHADAP “DIA”)
Huruf HA dalam ILMU huruf memiliki nilai 5. Di dalam susunan nombor 1 hingga 9, nombor 5 berada di tengah bermaksud SEIMBANG / STABIL / HARMONI / SELAMAT (dalam bahasa arabnya SALAMAH atau SALAM iaitu Sin, Lam, Alif & Mim >> huruf ini memiliki nilai gematrikal sebagai >> 60+30+1+40 = 131 @ 1+3+1 = 5). Pada tangan, jumlah jari pada satu tangan adalah 5, dalam Islam Prinsip atau Rukun Islam ada 5, jumlah solat seharian juga ada 5 dan hari yang ke 5 adalah Khamis (dalam bahasa arab 5 adalah Khamsatun).
Manakala Huruf WAU memiliki nilai 6 umpama Rukun Iman yang 6 dan hari yang ke 6 adalah Jumaat. Khamis dan Jumaat adalah hari-hari mulia bagi umat Islam serta digalakkan berpuasa dan beramal pada hari-hari tersebut. HA dan WAU bermaksud 5 dan 6, maka nilai akhirnya adalah 2.
(info tambahan: Pada logo IQBC Sdn Bhd, terdapat 2 kali HA dan Wau, maka 2X2 = 4 yang membawa maksud 4 tahap manusia; Fizikal, emosi, minda dan Spiritual juga 4 tahap ILMU; Syariat, Haqiqat, Tareqat dan Makrifat dan akhirnya 4 yang juga bermaksud seluruh ARAH iaitu utara, selatan, timur dan barat. Kerana itulah pada LOGO IQBC ini KEDUA-DUA “HUWA” DIKEPONG OLEH 4 GARIS YANG BERHUBUNG MEMBENTUK SEBUAH KOTAK. Kotak ini seumpama KAABAH yang menjadi KIBLAT untuk seluruh umat ISLAM).
Sekarang mari kita menilai suatu lagi FAKTA yang terdapat dari TARIKH TAHUN BARU 2010 ini.
2. PADA DETIK AKHIR 2009 (TENGAH MALAM – AMBANG 2010) tarikh 31122009 adalah bersamaan dengan 15 MUHARAM 1431 Hijrah. Ditulis juga sebagai 15011431 – secara numerologi, sekiranya seluruh angka dicampurkan (untuk mencari nilai gemetrikal susunan nombor-nombor), maka nilai Gt-nya adalah:
1 + 5 + 0 + 1 + 1 + 4 + 3 + 1 = 16
Tarikh HARI AKHIR 2009 adalah 31122009 – secara numerologi, sekiranya seluruh angka dicampurkan (untuk mencari nilai gemetrikal susunan nombor-nombor), maka nilai Gt-nya adalah:
3 + 1 + 1 + 2 + 2 + 0 + 0 + 9 = 18
PERHATIKAN PERTUNJUK ALLAH DARI SUSUNAN TARIKH DI ATAS, ANGKA 16 dan 18!! Adakah 1618 membawa sesuatu makna??? APAKAH IA BERMAKSUD SESUATU (YANG TERSEMBUNYI) ATAU SEKADAR ANGKA?? Mungkin sebuah KEBETULAN atau MUNGKINKAH ada KEBENARAN yang tersembunyi yang Allah mahu kita PERHATIKAN DAN RENUNG-RENUNGKAN??
Jika angka 5 dan 6 membawa kita kepada FAKTA “HUWA” yang merujuk kepada DIA dan Allah tontonkan 2 kali melalui tarikh tahun baru YANG JATUH PADA HARI KHAMIS dan JUMAAT berturut-turut. (ALLAH MAHU INGATKAN KITA agar SELALU INGAT DIA!!). MAKA, MUNGKINKAH FAKTA 1618 ini adalah ARAH TUJU kepada PETUNJUKNYA tadi?. APAKAH ARAH ITU ADALAH KIBLAT KITA??
Di manakah KIBLAT KITA?? Kita maklum KIBLAT adalah ARAH yang dihadap sewaktu ‘berkasih dan berbicara’ (solat) dengan ALLAH. Di mana ARAH kita mengadap sewaktu SOLAT?? Apa yang ada pada KIBLAT?? Apa yang ada di PUSAT ARAH ITU?? Jawapannya KAABAH!!! KAABAH ADALAH KIBLAT KITA!!!
Maka, apabila kita kembali mencari KIBLAT KITA, kita juga sebenarnya mencari RUMAH ALLAH (kaabah) ini. Lalu apa kaitannya dengan PETUNJUK 1618 dari perbincangan kita di atas??
RAHSIA TARIKH TAHUN BARU 2010 :
1. angka 5 & 6 >>> DIA (HUWA AWAL – HUWA AKHIR)
2. Fakta 1618 >>> KOORDINAT KAABAH!!!
Tonton dan hayati VIDEO INI…
Hanya ALLAH yang maha TAHU!! Saya hanya melihat semua ini sebagai sebuah PENGATURAN YANG MAHA SEMPURNA oleh YANG MAHA AGUNG LAGI MAHA BIJAKSANA. Ini hanya penilaian saya yang sering tenggelam dalam lautan ‘cinta-Nya’…

| يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلَاةِ فَاغْسِلُوا وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُوا بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى الْكَعْبَيْنِ وَإِنْ كُنْتُمْ جُنُبًا فَاطَّهَّرُوا وَإِنْ كُنْتُمْ مَرْضَى أَوْ عَلَى سَفَرٍ أَوْ جَاءَ أَحَدٌ مِنْكُمْ مِنَ الْغَائِطِ أَوْ لَامَسْتُمُ النِّسَاءَ فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا فَامْسَحُوا بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُمْ مِنْهُ مَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيَجْعَلَ عَلَيْكُمْ مِنْ حَرَجٍ وَلَكِنْ يُرِيدُ لِيُطَهِّرَكُمْ وَلِيُتِمَّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ | |
| 6. Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan shalat, maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai dengan siku, dan sapulah kepalamu dan (basuh) kakimu sampai dengan kedua mata kaki, dan jika kamu junub maka mandilah, dan jika kamu sakit [403] atau dalam perjalanan atau kembali dari tempat buang air (kakus) atau menyentuh [404] perempuan, lalu kamu tidak memperoleh air, maka bertayammumlah dengan tanah yang baik (bersih); sapulah mukamu dan tanganmu dengan tanah itu. Allah tidak hendak menyulitkan kamu, tetapi Dia hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan ni’mat-Nya bagimu, supaya kamu bersyukur. [403] Maksudnya: sakit yang tidak boleh kena air. [404] Artinya: menyentuh. Menurut jumhur ialah: “menyentuh” sedang sebagian mufassirin ialah: “menyetubuhi”. |
SALAM TAHUN BARU 2010
Posted in IQBC sdn bhd, kata shifoo on January 1, 2010 by mastershifooAssalamualaikum..
Ucapan Salam Tahun baru untuk semua yang singgah ke laman ini. Semoga kita lebih ‘hadir’ dalam semua perkara yang kita usahakan..
Hari 1 di bulan 1 di tahun 2010 di dekad 2010an di abad ke 21. Semalam GERHANA BULAN SEPARA, 14 hari lagi GERHANA MATAHARI ANALUS. Maha suci tuhan yang maha menyantun dalam aturanNya yang agung terus-terusan menyentuh jiwa-jiwa yang kagum dengan PENCIPTAAN ALAM.
Mir Hazil Azran Ramli
Asyura ke 2 untuk 2009
Posted in Tazkiroh, kata shifoo on December 23, 2009 by mastershifooAssalamualaikum..
Begitu pantas masa berlalu, tahun 2009 kini menuju ke penutupnya. Sedar tak sedar dah nak Krismas (25hb Disember 2009), selepas tu pula hari TAHUN BARU 2010. Yang pastinya dapat cuti umum. Rehat.
Muharram 1431 baru sahaja disambut. Hari ini adalah hari ke 6 dalam bulan pertama kalendar hijrah ini. Uniknya ini adalah kali yang kedua kita meyambut 06 Muharram bagi tahun 2009. Awal tahun dulu iaitu pada 03hb Januari 2009 kita berada pada 06 Muharram 1430. Hari ini tanggal 23hb Disember 2009 sekali lagi kita berada di tanggal 06 Muharram namun bagi tahun yang berbeza iaitu 1431H.
Tahun lalu iaitu 2008 kita meraikan 2 kali MAAL HIJRAH (01 Muharram) iaitu pada 10hb Januari 2008 DAN 29hb Disember 2008. BERMAKNA, PADA 2008 ada 3 kali sambutan TAHUN BARU iaitu 1 tahun baru masihi (2008) dan 2 tahun baru HIJRAH (1429 & 1430).
Dalam tahun 2008, 2009 dan 2010 akan terdapat 2 kali bulan Muharam. Satu di awalnya dan satu di hujungnya. FENOMENA INI BAKAL BERLAKU SETIAP 33 atau 32 tahun SAHAJA. Kali terakhirnya berlaku pada tahun 1976 dan 1977 yang lalu. Ini kerana jumlah hari bagi setahun bagi masihi adalah 365 hari manakala jumlah hari bagi kalendar hijrah pula adalah 355 hari. Perbezaan kira-kira 10 hari ini akan menyebabkan ianya akan kembali ke titik yang hampir sama setiap 33 tahun pusingan.
TAHUN 2009 akan mengulangi sejarah 33 TAHUN lalu iaitu AKAN TERDAPATNYA 2 KALI HARI ASYURA. Dari rajah di atas, Hari Asyura bagi tahun 1430 telah berlaku pada 07hb JANUARI 2009 yang lalu. Kini, sekali lagi HARI ASYURA (bagi tahun 1431) akan tiba pada 27hb DISEMBER 2009. HARI ASYURA KE 2 UNTUK 2009.
Jika tahun 2008 hadir 2 kali MAAL HIJRAH (awal tahun hijrah @ 01 Muharram), Tahun 2009 ALLAH HADIAHKAN 2 kali HARI ASYURA.
Kali terakhir fenomena ini menziarahi kita secara falaq (astronomi) adalah pada tahun 1976 iaitu pada 12hb Januari 1976 berlakunya HARI ASYURA iaitu 10 Muharram 1396 dan kali keduanya (Asyura ke 2) berlaku pada 31hb Disember 1976 yang bersamaan dengan 10 Muharram 1397.
Bulan Muharram adalah bulan HARAM iaitu bulan yang dimuliakan. Ada 4 bulan Haram sepanjang setahun. Rasulullah s.a.w. dalam khutbah terakhir baginda di ARAFAH iaitu ketika berlangsungnya Haji Wada’ pada 9 Zulhijjah 10H di Makkah ada menyebut tentang bulan 4 BULAN ini (perenggan ini sering dibuang daripada khutbah oleh penyunting moden kerana dianggap tidak penting):
“Wahai manusia! Sesungguhnya perbuatan mengundurkan (kehormatan dari satu bulan ke satu bulan yang lain) adalah menambahkan kekufuran yang menyebabkan orang-orang kafir itu tersesat kerananya. Mereka menghalalkannya pada satu tahun dan mengharamkannya pada satu tahun yang lain, supaya mereka dapat menyesuaikan bilangannya. Mereka merendahkan-rendahkan apa yang diharamkan oleh Allah. Oleh sebab itulah mereka menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah s.w.t. dan mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah s.w.t. Sesungguhnya masa telah beredar seperti keadaan hari, kejadian langit dan bumi, setahun adalah dua belas bulan. Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah s.w.t. adalah sebanyak dua belas bulan. Dari bulan-bulan tersebut ada empat bulan haram, tiga daripadanya berturut-turut iaitu: Zulkaedah, Zulhijah dan Muharam, seterusnya bulan Rejab yang berada di antara bulan Jamadil Akhir dan Syaaban.
Makanya, MUHARRAM adalah BULAN PERTAMA ‘BULAN HARAM’ bagi setiap tahun kalendar HIJRAH. Di dalamnya ada HARI ISTIMEWA iaitu HARI ASYURA (hari ke 10). Banyak ’sirah’ dan ‘kisah’ perihal HARI ASYURA. Walau ada yang menokok tambah perihal HIKMAH ASYURA melalui hadis-hadis yang palsu, jelas HARI ASYURA adalah antara HARI MASHYUR untuk umat Islam. Banyak kitab-kitab ulung yang membicarakan akannya. Antaranya (petikan dari berbagai sumber):
Taisir al-Fiqh fi Dhau’ al-Quran dan al-Sunnah (Fiqh al-Siyam) : Cetakan ketiga Muassasah al-Risalah. m.s. 142 – 145.
Oleh : Prof Dr. Yusuf al-Qaradhawi.
‘Aasyura (عاشوراء) ialah hari yang kesepuluh dalam bulan Muharram (المحرم ). Manakala Taasuaa’ (تاسوعاء) adalah hari yang kesembilan dari bulan yang sama. Zahir daripada himpunan khabar (hadith-hadith) bahawasanya puasa ‘Asyura adalah sesuatu yang dikenali di sisi kaum Quraish (قريش) pada zaman Jahiliyyah, dan demikian juga dikenali (puasa ‘Asyura) di sisi penganut Yahudi.
Kata ‘A-isyah r.’anha :
“Hari ‘Asyura adalah satu hari yang orang-orang Quraish berpuasa padanya ketika Jahiliyyah. Dan Rasulullah s.a.w. juga berpuasa pada hari tersebut. Ketika sampai di Madinah Nabi s.a.w. berpuasa pada hari ‘Asyura dan baginda menyuruh Umat Islam berpuasa pada hari tersebut. Namun apabila difardhukan puasa Ramadhan, Nabi s.a.w. bersabda :
مَنْ شَاءَ صَامَهُ، وَمَنْ شَاءَ تَرَكَهُ
Maksudnya : “Sesiapa yang hendak, maka berpuasalah ia (pada hari ‘Asyura), dan sesiapa yang tidak mahu tinggallah ia (puasa ‘Asyura)” (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Kata Ibn ‘Abbas r.a. : “Ketika Nabi s.a.w. sampai ke madinah, baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari ‘Asyura. Lalu Baginda bersabda :
ما هذا ؟ قالوا: هذا يوم صالح، نجّى الله فيه موسى وبني إسرائيل من عدوهم، فصامه موسى، فقال: “أنا أحق بموسى منكم” فصامه وأمر بصيامه
Maksudnya : “Hari apakah ini (di sisi kamu) ?” Orang-orang Yahudi menjawab : “Hari ini adalah hari yang baik. ALLAH telah memenangkan padanya Musa dan Bani Isra-il daripada musuh mereka (Fir’aun dan kaumnya). Lalu Musa berpuasa pada hari ini (’Asyura).” Sabda Nabi s.a.w. : “Aku lebih berhak ke atas Musa berbanding kamu semua (orang-orang Yahudi).” Lalu baginda berpuasa pada hari tersebut (’Asyura) dan mengarahkan (para Sahabat) berpuasa padanya.” (Hadith riwayat al- al-Bukhari dan Muslim)
Sesungguhnya Nabi s.a.w. telah memfardhukan (mewajibkan) puasa pada hari ‘Asyura diperingkat awal, sehingga baginda mengutus seorang utusan untuk memberitahu kepada manusia lain untuk berpuasa pada siang hari ‘Asyura sekalipun mereka telah makan (sebelumnya) . Apabila difardhukan puasa Ramadhan, maka dihapuskan kefardhuannya (dihapus kefardhuan puasa ‘Asyura). Maka jadilah puasa ‘Asyura sebagai sunat sahaja.
Dari Abi Qatadah r.a. sabda Nabi s.a.w. :
صوم يوم عرفة يُكفِّر سنتين: ماضية ومستقبلة، وصوم يوم عاشوراء يكفر سنة ماضية
Maksudnya : ” Puasa hari ‘Arafah menghapuskan (dosa) dua tahun : Tahun yang lalu dan yang akan datang. Sedang puasa hari ‘Asyura menghapuskan (dosa) setahun yang lalu.” (Hadith riwayat al-Jama’ah, kecuali al-Bukhari dan al-Tirmizi – al-Muntaqa bersama Nail al-Author, 4/323)
Nabi s.a.w. benar-benar mahu membezakan syakhsiah Islamiah (dari yang lain) dalam setiap perkara. Supaya Umat Islam merdeka / berbeza dari penganut yang lain, lalu baginda menganjurkan puasa pada hari kesembilan (dalam bulan Muharram) bersama dengan puasa pada hari kesepuluh (dalam bulan Muharram), supaya dapat dibezakan antara puasa Umat Islam dengan puasa Ahli Kitab.
Dari Ibn ‘Abbas r.a. katanya :
لما صام رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم عاشوراء, وأمر بصيامه, قالوا: يا رسول الله، إنه يوم تعظمه اليهود والنصارى! فقال: “فإذا كان العام المقبل إن شاء الله صمنا اليوم
التاسع” قال: فلم يأت العام المقبل حتى توفي رسول الله صلى الله عليه وسلم
Maksudnya : “Ketika Nabi s.a.w. berpuasa pada hari ‘Asyura, dan baginda menyuruh para sahabat berpuasa padanya.”Para Sahabat berkata : “Wahai Rasulullah, sesungguhnya hari itu hari yang dibesarkan oleh orang-orang Yahudi dan Nasara.” Lalu Sabda Nabi s.a.w. : “Maka pada tahun hadapan insyaALLAH kita akan berpuasa (bermula) pada hari kesembilan.” Lalu Ibn ‘Abbas menceritakan : “Tidak sempat datang tahun hadapan, Nabi s.a.w. diwafatkan (oleh ALLAH s.w.t.).” (Hadith riwayat Muslim dan Abu Daud)
TAHUN INI ALLAH KURNIAKAN KITA KESEMPATAN (INSYAALLAH) DENGAN 2 HARI ASYURA!! Tahun ini ALLAH limpahkan RAHMATNYA pada alam dengan 2 kali PELUANG untuk MEMAKMURKAN sesuatu yang KEKASIHNYA (Rasul) pernah MAKMURKAN suatu masa dahulu. Tahun ini seolah-olah ALLAH memberi PELUANG KE 2 untuk kita agar kita BENAR-BENAR DAPAT MENGHAYATINYA, BERSYUKUR AKANNYA serta YANG PALING UTAMA adalah BERUSAHA UNTUK MEMOHON KEAMPUNANNYA.
PELUANG INI BUKAN SEKALI… DIA YANG MAHA PENYAYANG melimpahkan kita PELUANG KE DUA andai kita benar-benar mahu HIJRAH dan BERUBAH.
Saya tidak sekali-kali mengajar.. jauh pula ingin menegur. Saya berbicara pada diri yang selalu LALAI DAN ALPA. Saya mohon keampunan ALLAH saban hari.. menghayati anugerah nikmatNya yang hadir dalam berbagai bentuk dan rupa.
“Ya Allah… ampunkan aku ya Allah. Aku Lalai, aku alpa, aku bodoh ya Allah. Aku terlalu fakir untuk MEMAHAMI ANUGERAHMU. Hari-hariku berlalu dengan kealpaan untuk MELIHAT dan MERASAI anugerah-anugerah KHAS ini sedangkan aku tahu KAU maha KAYA, MAHA BIJAKSANA lagi MAHA MENGATUR. Tentunya segala ATURANMU ini bukan suatu KEBETULAN atau KETERBIASAAN hanya mengikut “sistem” yang telah kau persiapkan NAMUN, pastinya ADA HIKMAH yang kau sembunyikan dariku yang lalai ini. Ya Rabb.. MOHON PERTUNJUKKAN AKU JALAN YANG BENAR.. JALAN YANG LURUS.. JALAN YANG MUDAH. Kurniakan FAHAMAN kepadaku untuk aku MEMAHAMI “HADIAH-HADIAH” Mu. Ya Allah… ampunkan aku”
al-fakir
| tarikh masihi | tahun masihi | tarikh hijrah | tahun hijrah | tarikh hijrah | tahun hijrah | tarikh masihi | tahun masihi | |
| 1-Jan | 2009 | 04 Muharam | 1430 | 04 Muharam | 1431 | 21-Dec | 2009 | |
| 2-Jan | 2009 | 05 Muharam | 1430 | 05 Muharam | 1431 | 22-Dec | 2009 | |
| 3-Jan | 2009 | 06 Muharam | 1430 | 06 Muharam | 1431 | 23-Dec | 2009 | |
| 4-Jan | 2009 | 07 Muharam | 1430 | 07 Muharam | 1431 | 24-Dec | 2009 | |
| 5-Jan | 2009 | 08 Muharam | 1430 | 08 Muharam | 1431 | 25-Dec | 2009 | |
| 6-Jan | 2009 | 09 Muharam | 1430 | 09 Muharam | 1431 | 26-Dec | 2009 | |
| 7-Jan | 2009 | 10 Muharam | 1430 | ASYURA | 10 Muharam | 1431 | 27-Dec | 2009 |
| 8-Jan | 2009 | 11 Muharam | 1430 | 11 Muharam | 1431 | 28-Dec | 2009 | |
| 9-Jan | 2009 | 12 Muharam | 1430 | 12 Muharam | 1431 | 29-Dec | 2009 | |
| 10-Jan | 2009 | 13 Muharam | 1430 | 13 Muharam | 1431 | 30-Dec | 2009 | |
| 11-Jan | 2009 | 14 Muharam | 1430 | PURNAMA | 14 Muharam | 1431 | 31-Dec | 2009 |

























